Ziana Zain Tunai Hajat Anak-Anak

Mengambil kesempatan cuti sekolah sempena Syawal ini, pelantun Puncak Kasih ini bakal membawa empat anaknya bercuti.

Kata Ziana, percutian dia dan anak-anak akan bermula pada raya ketiga memandangkan mereka sekeluarga berada di Shah Alam untuk menyambut lebaran.

“ Sebenarnya dah lama anak-anak minta saya bawa mereka bercuti, mereka teringin nak beraya di perantauan.

“ Apa salahnya kali ini saya jadikan impian mereka kenyataan. Bagaimanapun kami belum ada lokasi spesifik untuk dituju,” katanya yang bakal memikirkannya kelak.

Hasil perkahwinan Ziana dan Armin, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 18; Muhammad Ammar, 14; serta sepasang kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Rumah tangga pasangan ini di ambang perpisahan selepas penyanyi itu memfailkan permohonan cerai.

 

SGMS Faida