Categories: Trending

Isu PATI Di Amerika Syarikat, Trump Naik Angin!

Hampir 2,000 kanak-kanak terpisah daripada ibu bapa atau penjaga dewasa yang memasuki Amerika Syarikat secara haram dalam tempoh enam minggu, kata pegawai semalam, ketika perbahasan semakin panas berhubung cara menamatkan amalan kontroversi itu.

Presiden Donald Trump, yang berhadapan kemarahan memuncak berhubung ‘toleransi sifar’ dasar keselamatan diamalkan pentadbirannya, mengulangi beliau berang dengan perpisahan keluarga itu.

Namun terus menyalahkan Democrat berhubung krisis itu, yang dikatakan pengkritik dimulakan beliau sendiri.

Trump turut memberi isyarat perkara itu akan berlanjutan.

Selepas Trump pada awalnya berkata beliau tidak berminat dengan rang perjanjian Republican yang memasukkan penetapan isu pemisahan selain perlindungan Tindakan Penangguhan untuk Ketibaan Kanak-kanak (DACA) bagi pendatang muda yang tiba secara haram ketika kanak-kanak, Rumah Putih sebaliknya tidak menyokong kenyataan itu.

Menurut jurucakap Jabatan Keselamatan Dalam Negara, antara 19 April dan 31 Mei, seramai 1,995 kanak-kanak terpisah daripada 1,940 orang dewasa yang ditahan peronda sempadan AS.

Di tengah kemarahan berhubung penahanan itu, pegawai agensi berkenaan menegaskan pendatang tanpa izin bawah umur ditahan dalam keadaan baik.

“Kita memilik piawaian penahanan tertinggi dunia untuk kanak-kanak,” katanya. – AFP

SGMS Faida