Ziela Jalil Timang Cucu Pertama, Tahniah!

Produser terkenal, Datuk Ziela Jalil mengumumkan berita gembira apabila anak perempuannya, Dr. Puteri Julia Nabilah selamat melahirkan seorang bayi perempuan malam tadi.

Menerusi laman Instastory, pemilik syarikat produksi Pena Creative Sdn. Bhd ini berkongsi berita gembira itu.

“My little bundle joy has arrived. Alhamdulillah Ya Allah”, tulisnya yang gembira menerima cucu sulung.

Terdahulu, Ziela menganjurkan majlis doa selamat dan baby shower serba pink sempena menyambut kelahiran cucu pertamanya itu.

Dr. Puteri Julia Nabilah yang merupakan anak kepada Datuk Ziela Jalil dan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, mendirikan rumah tangga dengan Dr. Dziya Faqhran pada 1 Julai 2018.

SGMS Faida