Euforia Bola 2026
Acara By: Yanie Baharom November 26, 2019 @ 8:05pm

HONOR 9X, telefon pintar dengan kualiti rakaman setanding filem!

Mencatat jualan lebih 10 juta unit di seluruh dunia menerusi HONOR 8X, jenama Honor menaik taraf spec telefon pintar terbaharunya, HONOR 9X.

Teknologi yang digunakan tidak sepadan harga, itulah yang boleh diperkatakan mengenai telefon pintar tebaharu di pasaran ini.

Dilancarkan empat hari lalu di The Oak Hall, Menara Obyu, Damansara Perdana,  Honor Malaysia memperkenalkan telefon pintar dengan teknologi luar biasa ini dengan kadar harga RM999.

Untuk makluman, model yang dibawa masuk ini berlainan daripada apa yang diperkenalkan HONOR pada pasaran China seperti cip pemproses serta sensor imbasan cap jari.

Dari aspek spesifikasi, secara ringkasnya HONOR 9X tampil dengan skrin paparan LCD 6.59 inci yang menyokong resolusi FullHD+.

Manakala kamera swafoto yang disembunyikan pada bahagian pop-naik, dijana cip Kirin 710F, memori 6GB RAM dan storan 128GB. Ia turut menyertakan penggunaan tri-kamera belakang gabungan 48MP + 2MP (depth) + 8MP (ultra-lebar).

Tidak perlu risau akan risiko untuk kamera terangkat ini untuk rosak kerana HONOR Malaysia membuktikan ketahanan kamera depan HONOR 9X yang mampu menahan berat sehingga 15kg.

Bakal menjalankan sistem antaramuka EMUI 9.1 berasaskan Android Pie 9, kuasa HONOR 9X dicapai melalui penggunaan bateri 4000mah dengan pengecas 10W sahaja diberikan di dalam kotak.

Ia turut dilengkapi sokongan Google Mobile Services, sekali gus memudahkan anda menikmati pelbagai aplikasi dan perkhidmatan tanpa masalah.

Antara perkara yang mendapat perhatian pengguna pada HONOR 9X adalah rekaan panel belakangnya yang menampilkan efek biasan cahaya berbentuk X yang sangat unik, tetapi hanya untuk pilihan warna Sapphire Blue sahaja. Manakala untuk pilihan warna Midnight Black , ia tampil dengan kemasan berkilat biasa.

Bagi individu yang obses dengan diri sendiri atau mahu memulakan karier sebagai pembikin filem, HONOR 9X adalah telefon pintar yang ideal untuk anda.

Selain itu, terdapat dua penawaran iaitu Premium Bundle yang menyertakan HONOR Band 5 atau anda boleh memilih HONOR 9X dan tambahan RM0.99 untuk fon telinga.

Jualan rasmi pula akan berlangsung pada 28 November di platform dalam talian HiHONOR, Lazada dan Shopee atau boleh dapatkan daripada pengedar sah HONOR seluruh Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 1 Apr 2022
Acara Fri, 3 Mar 2023

Yonnyboii, Alyph Cerita Kisah ‘Sengkek’

Dulu masa aku sengkek, kunyah roti dan kerepek…

Acara Fri, 28 Oct 2022

Pertama Kali Anjur Konsert, Nabila Huda Bawa Payung Teduh X Pusakata, Efek Rumah Kaca Bersenandung Di Zepp KL… Tiket Sold Out Dalam Masa 50 Minit!

Seperti pisang goreng panas. Begitulah gambaran sambutan terhadap konsert Senandung Malam yang bakal menghimpunkan persembahan Payung Teduh X Pusakata dan Efek Rumah Kaca kerana tiket telah terjual ‘licin’ selepas 50 minit dilancarkan. Dianjurkan oleh Neptunes […]

Acara Fri, 20 Dec 2019

Tugas memasak lebih mudah dengan pes siap dan enak

Siapa sahaja boleh jadi cef dengan pes siap dan mudah!

error: Content is protected !!