Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin May 24, 2018 @ 12:00pm

Ini Antara Tip Pelik Kegunaan Kulit Timun Yang Boleh Anda Cuba!

Seperti yang kita ketahui, timun mempunyai khasiat untuk menyejukkan tubuh dan khasiat lainnya. Tapi, pernahkah anda terfikir bahawa kulit timun juga memberi banyak manfaat?

Kulit timun sebenarnya mengandungi serat tinggi yang berupaya membantu memulihkan masalah sembelit serta mengelakkan tubuh daripada diserang kanser kolon (barah usus besar).

Bukan itu sahaja, kulit timun juga mengandungi vitamin K, anti-oksidan, potassium serta berkalori rendah. Bagi anda yang suka makan timun tapi tidak suka makan kulitnya, anda rugi ya!

Penulis nak kongsikan kegunaan lain kulit timun yang memberi manfaat untuk anda. Jom kita semak!

1. Buat jus timun lebih berkhasiat

Foto: UtaraNews

Kalau sebelum ini anda pernah buat jus timun dengan mengambil isinya sahaja, anda silap! Ini kerana, kulit timun juga berkhasiat dan akan menjadikan jus anda bertambah sedap. Kalau anda tak nak guna banyak kulit timun, anda boleh sahaja hiris sedikit kulit timun tersebut. Yang pasti anda perlu basuh bersih terlebih dahulu timun sebelum menghiris dan mengupasnya.

2. Halang semut berkerumun di rumah

Foto: SirapLimau

Pasti anda rasa pelik kan? Sebenarnya, kandungan alkanoid dalam kulit timun berkesan untuk menjadi racun penghindar semut. Anda boleh sapukan bahagian dalam kulit timun di kawasan laluan semut. Lakukannya beberapa kali dalam sehari.

3. Cantikan kulit wajah

Foto: Cantik Alamiah

Timun juga mengandungi bahan astringen yang mampu membersihkan wajah sehingga ke bahagian dalam selain melicinkan permukaan kulit yang kasar. Caranya anda perlu lakukan dengan mengupas kulit timun dan kisar dengan tambahkan sedikit air sehingga hancur.

Kemudian, tambahkan satu sudu besar jus lemon, serta putih telur dan kisar sehingga sebati. Sapukan pada seluruh wajah dan biarkan selama 15 minit sebelum bilas dengan air sejuk.

4. Kilatkan cermin

Foto: Wanista

Jangan tak percaya bahawa timun juga boleh menghilangkan kekotoran dan tompok air pada cermin di bilik air anda. Anda hanya gosokkan bahagian dalam kulit timun pada keseluruhan permukaan cermin tersebut. Hasilnya cermin berkilat dan bersih!

5. Pulihkan mata yang sembab

Foto: Merdeka

Kalau anda mengalami masalah mata sembab kerana menghadap komputer di pejabat terlalu lama, anda boleh rehatkan mata anda dengan menggunakan kulit timun. Caranya ialah, tempelkan bahagian dalam kulit timun pada keseluruhan kawasan mata. Kesejukan kulit timun akan mengurangkan kemerahan anak mata dan kesembapan mata.

Selamat mencuba!

Sumber: Wanista

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Nov 2022

“Awkward & Malu Sedikit…” – Adam Lee Lebih Gembira Selepas Menikah

Pelakon Adam Lee yang baru sahaja menamatkan zaman bujang bersama aktres Sweet Qismina mendedahkan banyak perkara baharu yang dilaluinya setelah bergelar seorang suami. Menurut Adam, kehidupannya selepas berumah tangga lebih gembira kerana kini ditemani oleh […]

Featured Fri, 22 May 2020
Gaya Hidup Wed, 30 May 2018

Badan Terasa Lesu? Jom Tinjau Rawatan Spa Apa Yang Sesuai Dilakukan Ketika Berpuasa

Tiada masalah sama sekali ke spa ketika sedang berpuasa, asalkan rawatan yang dibuat itu tidak memudaratkan dan menyebabkan hidrasi kepada tubuh.

Featured Thu, 23 Aug 2018

Jambu Air Bukan Saja Sedap, Malah Ada Khasiat Tersembunyi Yang Anda Tak Tahu

Vitamin C dan A yang terkandung dalam buah jambu air adalah sebagai sumber zat untuk mencantikkan kulit.

Featured Thu, 27 Feb 2020
Gaya Hidup Thu, 17 Jan 2019
Featured Mon, 9 Mar 2020
Featured Wed, 24 Apr 2019

Rindu Lebaran, koleksi kurung ‘mengancam’ sentuhan tukang jahit termahir, Ezuwan Ismail

Rindu Lebaran, koleksi tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas!

Featured Wed, 29 Apr 2020
Gaya Hidup Thu, 21 Jun 2018

5 Perkara Ini Yang Perlu Anda Elakkan Ketika Pergi Beraya

Jangan lakukan perkara ini kalau anda pergi beraya ya!

error: Content is protected !!