Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 29, 2025 @ 7:08am

Isu MV Island Boi: “Jangan Salahkan Baby Shima, Lelaki Gila S*ks Ada Masalah Mental” – Dr Afif

Penyanyi Baby Shima meluahkan rasa bimbang selepas menerima gangguan daripada seorang peminat lelaki misteri yang terlalu obses terhadap dirinya sehingga sanggup mengugut mahu membunuh diri dengan meminum racun.

Lebih merisaukan, lelaki berkenaan turut menghantar mesej berunsur lucah ke akaun Instagramnya serta meluahkan rasa cemburu melihat aksi Baby Shima bersama model lelaki dalam muzik video (MV) terbaharunya, Island Boi ciptaan Ezra Kong.

“Saya akui ini bukan kali pertama menerima mesej yang pelik-pelik macam ni. Biasanya saya anggap semua itu hanya usikan atau gurauan peminat.

“Namun, peminat kali ini agak merisaukan saya. Betul. Sebenarnya dia dah banyak kali mesej di Instagram (IG) saya, tapi apabila dia cakap mahu bunuh diri dan minum racun, saya jadi takut.

“Bukan itu sahaja, caranya yang terlalu obses (mesej berbaur lucah) terhadap saya dan meluahkan perasaan sayangnya, saya berasakan dia seorang yang gila seks dan psiko. Saya tak tahu apa yang dia bayangkan apabila tengok saya dalam MV Island Boi sampai terlalu obses.

“Katanya dia dah lama minat saya sehingga rasa cemburu tengok saya bersama model-model lelaki dalam MV lagu baharu saja iaitu Island Boi.

“Takkanlah disebabkan rasa cemburu dia, saya nak kena ‘korbankan’ lagu ini. Bukan bajet kecil untuk MV ini. Lagi pun aksi manja saya hanya untuk MV Island Boi, bukannya betul-betul pun. Hanya lakonan semata-mata,“ katanya.

Dalam masa sama, Shima turut berdepan kecaman apabila ada pihak menuding jari dengan mendakwa aksinya dalam MV tersebut menjadi punca peminat itu bertindak keterlaluan.

“Tuduhan berat tu. Bagi saya, seseorang itu jadi gila seks bukanlah terjadi dalam waktu yang singkat. Ramai juga lelaki lain yang tonton MV itu, tetapi tak ada pun yang terlalu obses. Mereka relaks saja,” ujarnya.

Sementara itu, doktor dan penceramah kesihatan, Dr Afif Mohd Ridzwan, menjelaskan masalah ketagihan seks memang wujud dalam kalangan masyarakat dan boleh termasuk dalam kategori penyakit mental sekiranya tidak terkawal.

“Dari sudut pandangan saya sebagai seorang doktor, jangan salahkan Baby Shima jika ada lelaki gila seks ‘serang’ dia. Lelaki seperti ini boleh ‘serang’ sesiapa sahaja tak kira artis atau bukan.

“Ini kerana sifat ketagihan terhadap seks dalam diri seseorang itu berlaku bukan dalam masa yang singkat dan banyak faktor lain yang menjadi punca.

“Ada punca-punca tertentu yang berlaku kepadanya sehingga membawa kepada ketagihan seks. Ia memerlukan masa.

“Pertamanya, ketagihan seks ini merupakan satu gangguan kepada pemikiran seseorang itu suka berfantasi tentang seks yang berulang-ulang, melakukan tingkah laku seks yang tak terkawal dan sebagainya.

“Kedua, mungkin juga seseorang itu menghidap bipolar disorder (perubahan mood yang ekstrem) yang boleh menyebabkan ketagihan seks. Individu ini mengalami peningkatan drastik dalam dorongan seks, sukar mengawal diri dan mempunyai tingkah laku seksual yang berisiko serta sukar dihentikan,” jelasnya.

Tambah Dr Afif, faktor seperti pendedahan berlebihan kepada pornografi, masalah emosi, genetik, dan tekanan sosial juga boleh menjadi penyumbang kepada perilaku seks kompulsif walaupun seseorang sedar ia memberi kesan buruk.

“Selain pendedahan pornografi yang berlebihan menjadi punca ketagihan seks, faktor psikososial atau persekitaran juga perlu diambil kira.

“Misalnya melihat perlakuan seks ahli keluarga atau orang sekelilingnya yang menyebabkan perbuatan itu ditiru,” katanya.

Dr Afif turut menasihatkan agar individu yang berdepan masalah ketagihan seks segera mendapatkan rawatan profesional serta mengisi masa dengan aktiviti sihat.

“Jika seseorang itu mengalami ketagihan seks, adalah penting untuk mencari bantuan profesional dari pakar psikologi atau kaunselor yang akan memberikan rawatan sesuai untuk mengatasi masalah ini.

“Bukan itu sahaja, latih diri amalkan aktiviti sihat seperti berenang, hiking, sertai persatuan dan program kebajikan serta banyak lagi. Ia sedikit sebanyak, perlahan-lahan merawat ketagihan seks.

“Paling penting, untuk orang Islam dekatkan diri dengan Allah dan sentiasa melakukan suruhan-Nya seperti solat, membaca al-Quran, berzikir, dengar ceramah agama dan sebagainya,” tambahnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Mungkin Ini Adalah Watak Paling ‘Win’ Buat Reen Rahim?

Halah, Hala, Halah! korang tak reti-reti lagi standby kat depan TV, setiap hari jam 7 malam?

Hiburan Wed, 12 Dec 2018
Hiburan Mon, 12 Jun 2023
Trending Thu, 5 Dec 2019

After Reading This, You Might Want To Consider Cleaning Your Brushes!

Just because they don’t look dirty, it doesn’t mean they are clean either!

Trending Tue, 3 Jul 2018

Bapa Jual Kereta Tampung Kos Dialisis Anak

Menurut bapa kepada enam anak itu, dia kemudian berpakat dengan isterinya, Rubiah Samad, 67, untuk menjual kereta miliknya untuk menampung kos pemasangan tapak dialisis anaknya itu.

Featured Wed, 5 Jul 2023
error: Content is protected !!