Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 15, 2025 @ 10:45am

“Jangan Gopoh Atau Self Sabotage Untuk Benda Tak Baik” – Trauma Nak Bercinta, Shila Amzah Titip Nasihat Buat Syada Amzah

Adik kepada penyanyi popular, Shila Amzah iaitu Syada Amzah menyorot perhatian selepas berkongsi luahan hantinya menerusi platform media sosial baru-baru ini.

Kata Syada, dia takut dan trauma untuk membuka hatinya kembali selepas mengalami pengalaman kurang manis berdepan masalah dalam perhubungan.

“Logik tak kalau saya kata saya takut untuk membuka hati saya kepada sesiapa? Bukan untuk meremehkan tetapi saya trauma.

“Sesiapa mengalami perkara sama tolong advise. Jika anda pernah mengalami situasi sama baru-baru ini, apa yang anda lakukan untuk mendapatkan kembali kekuatan untuk kembali membuka hati lagi?,” luahnya.

Bagaimanapun, hantaran tersebut mendapat perhatian pelantun lagu Patah Seribu itu yang tampil menitipkan pesanan pada ruangan balas tersebut.

Akui Shila, kebahagiaan akan datang sekiranya individu itu sendiri belajar untuk menyayangi dirinya terlebih dahulu sebelum orang lain.

Bahkan, jika terpalit dalam sesebuah hubungan dan lelaki berkenaan dilihat menunjukkan ciri-ciri seorang narsisistik atau ‘red flag’ adalah lebih baik golongan wanita mengundurkan diri dari terus menjadi mangsa atau mengalami trauma.

“Kalau memang dah nampak red flag terus chow je. Hidup ni bukan untuk mengiyakan atau memperbaiki orang yang memang tak baik.

“Kena start dari diri kita sendiri. Bagaimana kita nak orang sayang kita, kita yang kena sayang diri kita dulu,” katanya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Shila juga mengambil kesempatan meninggalkan pesanan menerusi hantaran di TikTok miliknya buat semua remaja di luar sana agar tidak hanyut dalam hubungan toksik.

“Saya terpanggill untuk buat posting ni sebab berdasarkan apa yang adik saya kata dekat Threads.

“Kalau kita tak nak bagi, jangan! Sebagai seorang kakak kepada semua… take your time. Jangan kerana seorang ni kahwin, awak pun nak kahwin.

“Life kita ni cuma kita sahaja yang boleh mencorakkanya. Sudah tentu apa yang berlaku ini atas doa dan usaha kita. Tapi dalam masa sama, saya tidak mahu lihat orang-orang mengikut orang lain.

“Percayalah, setiap manusia itu ada fasa-fasa nya. Rezekinya. Jadi take your time jangan tergopoh-gopoh. At the end of the day, kita tak pernah tahu rezeki kita ni bila Allah nak bagi. Jangan give up, itu dah jadi self-sabotage untuk benda yang tak baik,” jelasnya.

@shilaamzahofficial Siapa yang takde kakak , anggap la ini kakak awak yang tengah bercakap ❤️ Sayang semua ! #healingjourney #fyp #tiktokmalaysia ♬ PIANO – Calmaria

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 8 Dec 2024
Events Sat, 24 Aug 2024

“Tolong Selamatkan Ibu Saya” – Anak Mangsa Insiden Tanah Jerlus Gagal Tahan Sebak

Moga misi pencarian dijalankan dan mangsa berjaya dijumpai😥

Hiburan Thu, 9 Oct 2025

Dari Luka ke Reda, ‘Dendam’ Kisah Hati Firdaus Rahmat

Melodi dan lirik lagu ini dihasilkan sepenuhnya oleh Firdaus sendiri

Featured Tue, 9 Nov 2021

Gaji Minimum Baharu Bakal Diumum Tahun Depan

Kajian tersebut dijangka berakhir pada hujung tahun ini

Featured Tue, 27 Jul 2021

“Beliau Banyak Korban Masa Dan Tenaga”- Ramai Pertahankan DG Hisham

Tindakan pelakon Lana Nodin dan Rita Rudaini yang mencadangkan agar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah meletakkan jawatan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Menerusi laman sosial, rata-rata warganet tidak bersetuju […]

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

“Cuba Rampas Suami Saya, Tengok Apa Jadi”‘

“Kalau ada pilihan untuk mengahwini lelaki bujang, mengapa perlu mencari suami orang?”

Featured Mon, 12 Apr 2021

Muncul Dengan Single Petanda, Aliff Idham Mahu Ikut Jejak Langkah Judika

Penyanyi, Aliff Idham, tampil dengan single pertama berjudul PETANDA yang dicipta sepenuhnya oleh Aliff sebagai komposer dan penulis lirik. Walaupun masih muda dan aktif dalam bidang lakonan, ternyata tidak menghalang penyanyi remaja yang kini bernaung […]

error: Content is protected !!