Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom December 10, 2018 @ 5:00pm

Jejaka Korea Menang Gelaran Mr Tourism Langkawi 2018. Memang Kacak Orangnya!

Bukan warganegara Malaysia dan batik juga asing dari budayanya, namun begitu pengetahuannya tentang Pulau Langkawi dan aksi unik dalam memperagakan helaian batik rekaan dari WHOJUNT X RS CODED memberi tuah buat jejaka ini.

Kim Min Kyu, peserta tunggal dari Korea Selatan berjaya memukau juri sekaligus dinobatkan Mr Tourism Langkawi 2018/2019 buat julung kalinya.

Kemenangannya diumumkan pada acara Malaysia International Fashion Showcase 2018 – World Of Batik (MIFS2018) yang dianjurkan oleh Langkawi Art & Fashion Hub di Skybar, Hotel Traders di ibu negara.

Kejayaan Min Kyu pada malam itu mengundang kejutan apabila menewaskan 40 peserta bukan saja dari Malaysia tetapi juga Lubnan, Jepun, Sri Lanka, Pakistan dan Ukraine.

Selain dipilih sebagai Mr Tourism Langkawi 18/19, Min Kyu yang mempunyai pengalaman lebih 5 tahun sebagai model di Korea Selatan turut dianugerahkan sebagai Mr Charming yang diadili oleh media rasmi MIFS2018 iaitu Pocket TV.

Foto: EH!

Kategori Miss Tourism Langkawi 18/19 pula dimenangi oleh Qiqin yang berasal dari Johor Bahru.

MIFS2018 yang diwujudkan untuk mencari pereka fesyen terbaik dalam rekaan Resort Wear.

Melaluinya, AYU IXORA muncul sebagai juara kategori Pereka Terbaik. Manakala Nurul sebagai juara Jurusolek Terbaik.

Setiap rekaan dan dandanan pada pertandingan tersebut wajib bertemakan batik.

Penyertaan setiap peserta dalam MIFS 2018 dibuat secara berkumpulan yang terdiri daripada pereka fesyen, juru mekap dan model.

Keputusan MIFS diadili oleh juri professional yang terdiri daripada Calvin Thoo (pereka fesyen), Anita Aziz (Supermodel Malaysia), Ash Dburn (Pengasas Batik Akesori Langkawi), Nur Afifi (Pensyarah Pusat Pengajian Teater, Fakulti filem, Teater & Animasi) dan Shabri Saad (Fakulti Komunikasi & Kreatif Industri, Universiti Teknologi Mara).

Foto: EH!

Setiap pemenang bagi kategori yang dipertandingkan menerima pelbagai hadiah menarik termasuklah wang tunai, pakej melancong, kontrak dan pelbagai hadiah dari penaja.

Bagaimanapun majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada penghujung Disember ini di Langkawi Royal & Yacht Club beserta pertunjukan fesyen.

Sumber: EH!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Jun 2018

Mix & Match Koleksi ALDO Untuk Mirip Gaya Selebriti

Dengan barangan ALDO, anda boleh bergaya persis selebriti kesayangan anda.

Gaya Hidup Mon, 23 Sep 2019

10 buah untuk kulit cantik

Guna bahan semula jadi

Oh Lawa Wed, 22 Aug 2018

Katakan Tidak Pada Muka Pinggan! Ini Cara Pecahkan Lemak Di Muka Anda

Teknik mengurut di bahagian wajah juga boleh menghilangkan lemak yang terkumpul.

Oh Lawa Tue, 7 Aug 2018

Freckles Dulunya Dianggap Hodoh Tetapi Kini Jadi Kegilaan Dalam Solekan

Jeragat atau freckles pada wajah dianggap sebagai salah satu bentuk ketidaksempurnaan, bintik-bintik tersebut kini memiliki daya tarikan tersendiri bagi para wanita.

Featured Wed, 28 Nov 2018

Jom Lihat Aktres Cantik Manis Ini Melukis Beg Tangan. 7 Jam Untuk Siapkan 1 Beg!

Cantik dan berbakat besar. 1 pakej lengkap buat Heart!

Featured Wed, 25 Mar 2020
Oh Lawa Tue, 29 Jan 2019

5 sebab anda perlu guna produk penjagaan kulit yang mengandungi Squalane

Bahan ini sangat versatil dan berkuasa tinggi!

Oh Lawa Wed, 31 Oct 2018
Oh Lawa Mon, 24 Dec 2018
Oh Lawa Thu, 18 Oct 2018

Aktiviti Lasak Bukan Lagi Penghalang Buat Wanita Berhijab. Najwa Sports Collection Harus Dimiliki

Najwa Sports Collection menyediakan penyelesaian reka bentuk yang mematuhi syariah yang tidak berkompromi dengan aurat atau gaya.

error: Content is protected !!