Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal November 19, 2018 @ 12:57pm

Jin Wei Raih Kejuaraan Remaja Dunia Kali Kedua Di Kanada

Pemain muda wanita negara, Goh Jin Wei mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila meraih Kejuaraan Badminton Remaja Dunia BWF di Markham, Kanada pada Ahad (Isnin di Malaysia).

Pemain pilihan ketiga itu menampilkan aksi bertenaga dengan menewaskan pilihan ke-13, Line Christophersen dari Denmark menerusi kemenangan 21-13 dan 21-11 pada aksi final di Markham Pan Am Centre, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfbadminton.com.

Kejuaraan tersebut adalah yang kedua diraih anak jati Pulau Pinang itu yang pernah menjuarai kejohanan sama pada 2015 setelah menewaskan rakan senegara, Lee Ying Ying pada aksi final.

Jin Wei sebelum ini turut mengharumkan nama negara apabila mencipta sejarah menjadi atlet pertama Malaysia memenangi pingat emas pada edisi ketiga Sukan Olimpik Remaja di Buenos Aires, Argentina, bulan lepas.

 

Sumber : BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 31 Dec 2018

Mayat Tiga Beradik Akibat Lemas Sudah Ditemui

Operasi SAR di air pagi ini bermula pada kira-kira pukul 7 pagi dan diperluaskan ke kawasan 10km melibatkan 12 anggota dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Hiburan Tue, 9 May 2023

Perdana Menteri Puji Lakonan Farid Kamil Hidupkan Watak ‘Anwar’

Lakonan Farid dalam filem ni memang menjadi

Hiburan Thu, 13 Nov 2025

Teroka Genre Rockdut, Shaffiq Erwin Muncul Dengan Single Janjir

Tahniah Shaffiq Erwin muncul dengan single baharu, Janjir!

Hiburan Wed, 31 Dec 2025

Enggan Panjangkan Isu, Sharif Zero Harap Hubungan Dengan Atu Pulih Semula

Sharif Zero berharap semua salah faham dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Trending Thu, 14 Apr 2022
Hiburan Fri, 9 Jun 2023
error: Content is protected !!