Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 23, 2026 @ 2:57pm

“Kami Tak Cari Pengganti” – Ketiadaan Sam Raih Tanda Tanya, Innuendo Perjelas Masih Kekal Bertiga

Kemunculan hanya dua anggota Innuendo pada sidang media Konsert Soul City – An R&B Night baru-baru ini mengundang persoalan, terutama mengenai keberadaan seorang lagi anggota kumpulan itu, Sam.

Bagaimanapun, Pot atau nama sebenarnya, Saiful Amir Abd Wahab, tampil menjernihkan keadaan apabila menegaskan Sam masih lagi sebahagian daripada Innuendo dan tidak pernah meninggalkan kumpulan yang sudah bertapak lebih dua dekad itu.

“Innuendo masih kekal bertiga, cuma Sam berada di Sarawak dan tidak dapat sertai kami hari ini,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Pot hadir bersama Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir atau Taj bagi mewakili Innuendo yang bakal menggegarkan pentas Konsert Soul City – An R&B Night di Unifi Arena Bukit Jalil pada 10 Julai depan.

Menurut Pot, Sam kini menetap di Kuching, Sarawak bersama keluarga, sekali gus menyukarkan dia untuk sentiasa berada di Kuala Lumpur bagi memenuhi setiap komitmen seni.

“Kami memahami situasinya kerana dia sudah lama menetap di Kuching bersama keluarga.

“Kalau ditanya mengenai perancangan selepas ini, kita tengok nanti macam mana. Apa yang penting, saya dan Taj sentiasa bersedia untuk meneruskan perjuangan Innuendo dan memberikan persembahan terbaik,” ujarnya.

Ditanya sama ada mereka akan mencari penyanyi lain bagi mengisi kekosongan sementara itu, Taj dengan tenang menjelaskan perkara tersebut tidak pernah menjadi keutamaan buat mereka.

“Sebenarnya kami menerima tawaran menyertai konsert ini kerana kami akan berkongsi pentas dengan rakan-rakan seperjuangan dalam genre R&B yang sudah kami anggap seperti keluarga sendiri.

“Kami sudah lama berkawan dan banyak kali berkongsi pentas bersama. Jadi kehadiran mereka sahaja sudah cukup untuk memeriahkan malam itu,” katanya.

Dalam pada itu, Pot berharap konsert berkenaan mampu mengembalikan kegemilangan genre R&B tempatan yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

“Sebenarnya kami masih aktif dalam arena muzik. Mungkin kerana tiada produk baharu, ramai yang menyangka Innuendo sudah menyepi.

“Namun kami percaya genre R&B masih mempunyai kelompok peminat yang setia dan konsert ini mampu menghidupkan semula semangat itu,” katanya.

Konsert Soul City – An R&B Night yang dianjurkan Menara Network Sdn Bhd bakal menyaksikan gabungan nama-nama besar genre R&B tempatan iaitu Innuendo, Ruffedge, The Fabulous Cats serta Lah Ahmad.

Berkongsi mengenai persembahan yang bakal disajikan nanti, Taj berkata setiap kumpulan dijangka membawakan sekitar enam hingga lapan buah lagu berdasarkan tempoh masa yang diperuntukkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 10 May 2021

Adrian & Amyza Aznan Lagukan Salam Sayang

Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi. Ini merupakan tahun kedua kita bakal menyambut Syawal dalam norma baharu. Semestinya perasaan rindu pada kampung halaman, keluarga dan sanak saudara semakin menebal. Mana tidaknya, sudah dua tahun kemeriahan […]

Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Featured Sat, 9 Apr 2022

#JusticeForBella: Petisyen Desak Menteri Tamatkan Khidmat Syed Azmi

Terus trending di twitter #JusticeForBella

Hiburan Fri, 9 Aug 2024
Trending Mon, 22 Jun 2020
Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Amyra Rosli Dilarang Berlakon?

Masa yang terbaik untuk Amyra jaga kesihatan dan baby dalam kandungan tu ok.

error: Content is protected !!