Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops June 26, 2018 @ 3:00pm

Kenal Pasti Punca Jerawat Di Badan Anda Berdasarkan Lokasinya

Paling tak best bila ada jerawat timbul di kulit muka! Tapi tahukah anda? Jerawat pun boleh muncul di permukaan badan. Mungkin ada dalam kalangan anda yang pernah laluinya.

Kalau di permukaan muka, punca-punca ada jerawat mungkinlah sebab anda banyak makan makanan berminyak.

Tapi apa pula punca untuk jerawat di badan? Sebenarnya anda boleh tahu jawapannya dengan melihat di mana jerawat tersebut timbul.

1. Rahang

Ini bermakna hormon anda tak stabil atau kelenjar adrenalin anda terlalu aktif disebabkan pengambilan gula yang tinggi.

Foto: Answer Tool

2. Bahu dan leher

Puncanya adalah stres. Tapi jika jerawat di kawasan sini nampak serius dan timbul dengan banyak, ini bermakna sistem saraf dan pencernaan anda rosak. Pergi jumpa pakar kulit, ya!

3. Dada

Jerawat di kawasan ini juga menunjukkan masalah pencernaan, jadi anda mungkin ini perbaiki diet anda.

Foto: Ocskay Bence/shutterstock

4. Siku

Jika siku anda ada bengkak-bengkak seperti jerawat, ini mungkin bermakna kulit anda sedang mengalami keratosis pilaris, sejenis masalah kulit yang disebabkan oleh pengeluaran sel mati yang terlalu banyak, ataupun peredaran darah yang tak lancar. Puncanya adalah kekurangan vitamin dalam badan.

Foto: DPSW

5. Perut

Kandungan gula dalam badan anda mungkin terlalu tinggi jika jerawat timbul di permukaan perut anda.

6. Punggung

Ia mungkin disebabkan oleh peluh dan kotoran yang terperangkap dalam kulit anda jadi cuba dapatkan pakaian dalam yang boleh bernafas. Kalau ia tak juga pulih, mungkin anda perlu ubah cara pemakanan anda.

Mungkin anda rasa anda bernasib baik kerana jerawat di badan boleh dicover dengan pakaian. Tapi jangan lupa yang di sebalik jerawat tersebut ada masalah kesihatan yang tak patut anda abaikan.

Selain itu, pastikan badan anda sentiasa bersih jika boleh. Pilih pakaian yang berikan ruang untuk kulit anda bernafas. Jaga pemakanan anda, dan jangan sesekali picit jerawat anda.

Apabila anda dah tahu apakah sebabnya anda mendapat jerawat, anda bolehlah elakkannya daripada berlaku pada masa hadapan.

Foto: Life Buzz

Sumber: Life Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Tue, 25 Dec 2018

Beribu Orang Kunjungi Bandar Artik Ini Setiap Tahun Untuk Melawat ‘Perkampungan’ Santa Claus!

Pengunjung juga berkesempatan untuk berjumpa dengan lelaki berbaju merah ini!

Sihat Thu, 20 Dec 2018
Featured Tue, 28 Apr 2020
Featured Mon, 4 May 2020
familuv Wed, 30 Oct 2019

Ketahui tanda anak anda sedang mengalami kemurungan

Jangan abaikan realiti tentang penyakit mental dalam kalangan remaja di Malaysia

Sihat Mon, 22 Apr 2019

Jangan menyusu bayi pramatang anda dengan sesuka hati! Ini kaedah menyusu dengan betul

Bayi yang lahir secara pramatang memerlukan penjagaan yang rapi.

Sihat Wed, 19 Dec 2018

9 ‘Healthy Foods’ That Are Actually Junk Food In Disguise

Learn the truth and keep it out of your diet.

Sihat Thu, 10 May 2018

Jangan Lokek Ketawa Kerana Ia Boleh Upgrade Sistem Imunisasi Anda

Tahukah anda bahawa wujudnya sambutan Hari Ketawa Sedunia dan ianya disambut pada Ahad di minggu pertama bulan Mei.

Featured Sat, 28 Mar 2020

44 kes positif COVID-19 sembuh dan dibenarkan pulang

Rekod harian tertinggi dicatatkan

error: Content is protected !!