Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin March 7, 2019 @ 11:53am

Kerap buang air kecil ketika hamil. Bahaya atau tidak?

Oleh: Syarifah Fatin Anisa binti Tuan Said Shakh

Apabila hamil, antara situasi lazim  dihadapi ialah sentiasa terasa ingin membuang air kecil.  Kadangkala, kekerapan itu mengganggu kegiatan seharian terutamanya bagi wanita yang berkerjaya.

Dengan perut yang memboyot, berulang-alik ke tandas bukanlah pengalaman yang menggembirakan. Namun begitu, pernahkah anda terfikir sama ada ia membahayakan ataupun tidak?

Kenyataannya, kerap membuang air kecil adalah salah satu petanda kehamilan. Ini kerana, badan anda sedang mengalami perubahan membesar secara tiba-tiba.

Foto: Parents Magazine

Penasihat Pendidikan di Kolej Diraja Perbidanan menerangkan bahawa jumlah cecair dalam tubuh wanita hamil meningkat secara mendadak.

Pada minggu keenam kehamilan, jumlah cecair dalam darah sudah pun meningkat tetapi ia akan menjadi normal pada trimester kedua. Hal ini akan membantu darah mengalir dengan banyak melalui uri. Fungsi utama uri adalah bagi menyalurkan oksigen dan nutrien kepada bayi anda.

“Perubahan hormon merangsang buah pinggang untuk memproses segala cecair dan membuang sisa toksin yang tidak diperlukan dalam badan,” tambahnya lagi.

Apabila pundi kencing yang menampung sisa toksin mulai penuh, saraf yang berkaitan akan menghantar isyarat ke otak untuk membuang air kecil.

Foto: parenting.firstcry.com

Dalam hal ini, salah satu faktor utama adalah kerana pundi kencing tersebut menjadi penuh dengan kadar waktu yang pantas. Selain itu, ia juga dihimpit oleh rahim yang semakin membesar.

Pada minggu ke 12, rahim yang semakin membesar ini mampu mengalihkan organ dalaman anda.

Pada waktu ini, anda akan kerap ke tandas tetapi tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ia akan kembali normal pada bulan-bulan terakhir kehamilan anda.

Menurut Michelle lagi,”Anda hanya perlu risau jika ada rasa sakit ketika anda membuang air kecil,” katanya.

Foto: Expert Chikitsa

Semasa pemeriksaan kandungan anda di klinik, sampel air kencing akan diambil bagi menguji tahap kesihatan anda. Pun begitu, anda tetap perlu berhati-hati juga ya!

Berulang-alik ke tandas sememangnya agak memenatkan. Tetapi, ia tidak bermakna anda perlu mengurangkan pengambilan air. Selain itu, setiap kali bersin atau batuk, pasti anda akan ‘bocor.’ Sediakan seluar dalam secukupnya jika hal ini terjadi.

Oleh itu, janganlah risau jika anda kerap kencing ketika hamil. Hal ini adalah normal kerana badan anda mengalami perubahan hormon secara mendadak. Banyakkan minum air ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Tue, 28 Aug 2018
Sihat Fri, 20 Jul 2018

Petua Semula Jadi Ini Memang Berkesan Untuk Merawat Selsema

Jangan biarkan penyakit selsema anda berjangkit dengan orang lain. Ikuti petua ini untuk menyembuhkannya.

Sihat Sun, 17 Mar 2019

Anak kerap sakit? Ini punca utamanya

Ibu bapa perlu lebih prihatin!

Featured Wed, 5 Dec 2018
Featured Tue, 27 Nov 2018

Sering Rasa Mengantuk Walaupun Sudah Cukup Tidur, Anda Kemungkinan Menghidapi Penyakit Ini

Lebih enam jenis penyakit dikaitkan dengan masalah mengantuk.

Sihat Wed, 10 Apr 2019

Mengembara dengan menaiki pesawat bagi ibu hamil. Selamat atau tidak?

Risiko keguguran berkurangan apabila kandungan mencecah usia 28 hingga 30 minggu.

Sihat Tue, 23 Oct 2018
Sihat Fri, 3 Aug 2018

5 Kesilapan Lazim Apabila Anda Menimbang Berat Badan Sendiri

Alat penimbang berat memang akan jadi best friend anda jika anda mahu kuruskan badan.

Sihat Wed, 3 Oct 2018

Wanita Ini Maut Setelah Minum Jus Buah Buatan Malaysia Yang Mengandungi Steroid Selama 6 Bulan

Itu sebabnya kita tak boleh main minum saja produk-produk pelik ini.

Sihat Tue, 26 Jun 2018
error: Content is protected !!