Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 25, 2025 @ 2:35pm

Kongsi Video Anak Tanpa Hijab, Netizen Label Beego ‘Red Flag’ – “Kesian Jelita Jadi Mangsa”

Tindakan pelakon, Beego, memuat naik video anak sulungnya, Jelita Clarissa baru-baru ini menimbulkan pelbagai respons kurang senang dalam kalangan warganet.

Mana tidaknya, menerusi perkongsian di TikTok, Beego kelihatan memperlihatkan ketiga-tiga cahaya matanya itu sedang menikmati ais krim sambil membeli-belah.

Bagaimanapun, hantaran berkenaan mendapat respons Jelita yang menegur tindakan bapanya itu kerana memuat naik video lama sekaligus memperlihatkan dirinya yang tidak menutup aurat.

“Daddy! Jelita tak pakai tudung la kenapa daddy expose sekarang? Itukan video dulu,” katanya.

Namun, sedar dengan komen yang ditinggalkan, Beego atau nama penuhnya, Aszerul Nizam Abdullah, 45, tampil memohon maaf dan menegaskan video yang dimuat adalah video baru dan anaknya itu juga baru sahaja mengenakan hijab.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menganggap tindakan yang ditunjukkan Beego itu sebagai seorang yang memiliki sifat ‘red flag’ dan narsistik.

Terdahulu, nama Beego sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila terpalit dengan kontroversi baharu berhubung dakwaan tular dua buah video memperlihatkan aktor yang sedang berdepan masalah rumah tangga dan sedang melalui proses mahkamah itu gian menari di kelab  malam.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Betul Dia Doakan Je Lah Yang Baik-Baik” – Linda Hashim ‘Move On’… Enggan Campur Urusan Beego

ARTIKEL BERKAITAN:Rumah Tangga Sedang Bergolak, Artis Lelaki Kantoi Berhibur Di Kelab Malam Dengan Wanita.. Dikritik Tak Sedar Diri

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Feb 2025
Featured Thu, 8 Jun 2023

Individu Persoal Tanggungjawab Suami Terhadap Anak, Ini Respons Julia Farhana – “Dia Sangat Hardworking, Luluh Hati Bila Sering Difitnah…”

Hati isteri mana tak kecewa bila suami dia kerap difitnah kan… hmm semoga baik baik saja buat pasangan ini ❤️

Featured Sun, 26 Jun 2022
Eat Travel Fri, 9 Nov 2018

Jom Enjoy Sambil Beriadah Di Taman Aktiviti Indoor SuperPark KL Musim Cuti Sekolah Ini!

Ia akan dibuka Disember ini kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Featured Tue, 8 Nov 2022
error: Content is protected !!