Euforia Bola 2026
Ijab & Kabul By: Atiqah Johari June 4, 2023 @ 2:47pm

Lebih 7 Tahun Berkawan, Pelawak Shashic & Filzah Selamat Bernikah

Pelawak Shahic Iewan, 32, telah menamatkan zaman bujang bersama pilihan hatinya iaitu pelawak, Filzah Azmi, 33.

Dengan sekali lafaz, pasangan tersebut telah sah menjadi suami isteri selepas berkenalan lebih tujuh tahun.

“Hubungan kami sebenarnya sudah lebih tujuh tahun. Bahkan sebelum jadi pelawak lagi pun,” katanya kepada Harian Metro.

Shahic memberi mas kahwin sebanyak RM100 dan lima dulang hantaran manakala Filzah membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Majlis akad nikah berlangsung di Doplohtiga Space Kuala Lumpur malam semalam.

Dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak pengantin dan rakan-rakan pelawak.

Bukan itu sahaja, memetik laporan Harian Metro, Filzah mengakui tertarik dengan Shashic kerana kegagapannya itu malah mereka telah mengikat tali pertunangan pada tahun lalu.

“Saya bersyukur majlis yang dirancang berjalan lancar. Sebagaimana pasangan lain, saya berharap perkahwinan kami berkekalan sehingga ke akhir hayat,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro
Kredit Foto: Harian Metro, mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 23 Oct 2023

Suami Orang Pakai Tudung, Kantoi ‘Skodeng’ Dalam Tandas Wanita

Dah lah suami orang! Tak senonoh betul dia ni. Hati-hati wanita di luar sana.

Hiburan Fri, 2 May 2025
Featured Tue, 19 Dec 2023
Featured Tue, 29 Jul 2025

“Rasa Kosong Tanpa Emak Di Sisi” – Wani Kayrie Luah Perasaan Selepas Serah Karier Kepada Pihak Pengurusan

Sebagai anak Wani mengaku kesihatan dan waktu bersama ibunya adalah perkara paling merisaukan.

Acara Tue, 31 Jan 2023
Hiburan Mon, 14 Oct 2024

“Tak Perlu Nak Sindir, Mengata Buruk Orang” – Uyaina Arshad 

Setuju cakap Uyaina, memang wajar menang Pengacara Paling Popular ABPBH 36! 😌🤩

Featured Fri, 27 Sep 2024

Alvin Chong & Anis Nabilah Buat Penampilan Khas, Perkenalkan ‘Maritozzi’ Makanan Istimewa Rom Purba

Wah! Alvin Chong dengan Anis Nabila dah approved mesti sedap!❤️

error: Content is protected !!