Categories: LIFESTYLE

5 Benda Jangan Buat Pada Bayi Sebelum Masuk Tidur

Tumbesaran dan proses pertumbuhan bayi sangat penting untuk dititik beratkan oleh ibu bapa bagi memastikan anak kita dapat membesar dengan sihat dan cerdas.

Penulisan dari Dr Taufiq Razifdi laman Facebooknya tentang lima perkara yang tidak boleh dilakukan kepada bayi sebelum masuk tidur.

1. Terlalu banyak geletek dan bergurau

Ianya mengaktifkan sympathetic nervous system secara berlebihan. Tu yang bayi tu jadi susah nak tidur . 2 atau 3 jam sebelum tidur tu kita kena jadikan suasana sekeliling bayi tu senyap dan tenang. Barulah bayi kita tu jadi lebih mudah terlelap

2. Lupa sendawakan bayi sebelum tidur

American Academy of Paediatrics ( AAP ) sendiri yang syorkan ibu bapa sendawakan baby setiap kali lepas menyusu walaupun baby tu nampak tenang dan tak meragam sebab kita tak tahu berapa banyak udara yang terperangkap kat dalam perut baby kita tu.

Bila baby tu meragam lepas minum susu sebab udara yang ikut tertelan masa menyusu tu akan menyebabkan rasa penuh dan tak selesa pada bayi kita itu tanda jangan lupa sendawakan bayi

3. Waktu tidur selalu bertukar dan tak tetap

Seawal umur 12 minggu pun mula dipengaruhi oleh circadian rhythm. Circadian rhythm ni lebih kurang macam jam semulajadi yang ada dalam badan anak kita. Makin tak tentu waktu tidur anak kita ( irregular bedtime) makin kacau circadian rhythm anak kita tu. Kalau harini tidur pukul 10 malam, besok lusa pun kena tidur pada waktu yang sama. Baru lah anak kita mudah lelap

4. Bergaduh di depan anak

Sentuhan kita dalam keadaan resah gelisah tu boleh dibaca oleh anak kita. Anak kita boleh tahu emosi kita melalui cara sentuhan dan nada suara kita. Kita nak jadikan anak kita setenang mungkin sebelum mereka tidur supaya tidur anak kita tu jadi lebih lena.

5. Jangan Letak bayi depan TV

Nanti anak jadi susah mengantuk sebab pendedahan pada cahaya daripada TV tu menyebabkan penghasilan hormon melatonin anak kita tu jadi kurang. Makin kurang hormon tu, makin tak mengantuk la anak kita

SGMS Enal