Gambar Perkahwinan Agong dengan Miss Moscow Curi Tumpuan Ramai

Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V dilaporkan berkahwin dengan Miss Moscow 2015, Oksana Voevodina di bandar Moscow, semalam.

Baginda dan isteri diraikan dalam sebuah majlis yang berlangsung di Dewan Barvikha di sana.

Gambar-gambar perkahwinan yang tular di sosial media memperlihatkan majlis ini diserikan dengan gabungan adat Rusia dan Melayu.

Sultan Muhammad V segak mengenakan baju Melayu manakala isterinya, Oksana tampil jelita dalam busana perkahwinan cukup menawan.

Menurut laporan www.islamnews.ru, para tetamu dijamu dengan pelbagai hidangan enak tanpa ada sebarang minuman beralkohol. 

Sejak semalam, beberapa keping gambar dan video majlis tersebut tersebar di aplikasi WhatsApp.

Sementara itu sehingga pagi ini, Istana Negara masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung majlis berkenaan.

SGMS Faida