5 Kelebihan Bunga Kenanga Yang Berbau Wangi

Kenanga juga mempunyai nama latin iaitu ‘Cananga Odorata’.  Nama lainnya ialah ‘Ylang Ylang’. Tanaman ini kebiasaannya tumbuh merata-rata tanpa disemai kerana ia diketegorikan dalam tumbuhan cepat tumbuh.

Bunga kenanga ini mempunyai bau yang sangat wangi dan berbentuk seperti tapak sulaiman. Bunga ini mempunyai dua warna iaitu warna hijau dan kuning. Memiliki daun yang panjang dengan tekstur halus dan berkilau.

Ada beberapa khasiat dan kebaikan bunga ini untuk manusia.

1. Membantu mengatasi kulit kering

Estrak bunga hijau kekuningan ini digunakan sebagai bahan utama dalam pembikinan sabun. Biasanya digunakan untuk mengawal kulit berminyak. Ia juga sangat sesuai digunakan untuk segelintir orang yang mengalami masalah kulit muka kering.

2. Mengurangkan risiko diabetes

Bunga ini sangat terkenal dengan minyaknya yang berkhasiat untuk mengatasi risiko kerosakan saraf akibat komplikasi diabetes, estrak ini dapat melindungi tisu dan sel daripada kerosakan dan menjadikannya ubat kencing manis yang semula jadi.

3. Sebagai Aromaterapi

Kandungan minyak esen yang terdapat dalam bunga kenanga ini boleh dijadikan bahan alternatif untuk membuat sebagai minyak wangi aroma terapi. Bau yang wangi dan menyenangkan serta boleh menghilangkan perasaan gelisah, panik dan kemarahan.

 

4. Meningkatkan perasan positif

Sekiranya anda berasa terlalu letih atau dikecewakan, cubalah untuk menghidu keharuman semulajadi dari bunga ini pasti membantu anda untuk lebih positif pada setiap hari mendatang. Aroma daripada bunga ini mampu memberikan tenaga positif dan berguna untuk melawan keletihan atau sakit badan.

5. Penjagaan rambut secara semulajadi

Gabungan minyak kelapa dan estrak bunga kenanga ini mempunyai banyak manfaat untuk rambut. Salah satunya untuk mengelakkan kekusutan dan kelemumur sementara itu juga berfungsi sebagaiubat anti-keguguran rambut. Sesetengah orang berpendapat, hasil gadungan ini boleh membunuh kutu kepala.

 

Sumber : atsirichkenal-diriorganicfactsdraxe

 

SGMS Enal