Categories: LIFESTYLE

5 Tanda Isteri Tak Cukup Tidur

Tidur mempunyai banyak kepentingan dan memberi pengaruh besar kepada manusia hinggakan mood dan emosi kita pun boleh berubah sekiranya tidur tidak cukup.

5 Tanda Isteri Tak Cukup Tidur

1. Kalau sakit tu jadi lambat baik sikit sebab sistem imum dan respon tubuh untuk lawan jangkitan kuman tu jadi perlahan sikit bila kurang tidur

2. Ada masalah berat badan. Lemak bertimbun di sana sini. Bukan sebab isteri tu pemalas tapi 2 hormon ni, LEPTIN dan GHRELIN jadi kacau bilau. Tu yang jadi selalu lapar dan susah kenyang.

3. Selalu pelupa. Kurang tidur ni akan efek pada ‘long and short term memory’. Kreativiti dan konsentrasi isteri kita pun akan menurun secara drastik. Tu yang duk pakai baju kelawar je tu. Bukan tak pandai berhias tapi otak jadi tumpul dan susah nak fokus.

4. Tidur berlebihan di siang hari, selalu dilihat menguap dan lesu. Sebab tu la kita kena pandai baca bahasa badan pasangan kita. Jangan mimik muka nampak lesu dan berkerut sini sana kita buat tak tahu. Jangan!

5. Isteri selalu moody. Tak cukup tidur ni akan menyebabkan isteri kita ni selalu melenting dan mudah marah ( irritability & anger ). Bukan tu je, ketahanan isteri kita pada stres pun akan sangat lemah.

Saya percaya, suami yang paling sensitif dengan emosi isteri adalah suami yang paling hebat di mata anak anaknya sendiri! terima kasih atas pengkongsian dari saudara Taufiq agar memberi manfaat pada semua

Sumber: Taufiq Razif

SGMS Enal