Jangan Disangkal Kehebatan Lidah Buaya, tumbuhan paling banyak KHASIAT!

Lidah Buaya atau Aloe vera digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi.Ia antara tumbuhan yang membebaskan oksigen dan menyerap karbon dioksida walaupun berada dalam keadaan gelap, membuatkan ia sesuai diletakkan dalam bilik tidur.

Kulit Yang Sihat

Aloe vera telah digunakan untuk penyakit kulit sejak zaman purba. Gel aloe vera yang diekstrak daripada daunnya adalah ubat semulajadi yang terbaik untuk masalah kulit dan ia juga membantu mengurangkan gejala penuaan. Banyak produk penjagaan kulit dan diri, serta kosmetik yang menggunakan ekstrak aloe vera.

Meningkatkan Imunisasi

Minuman jus aloe vera mempunyai ciri-ciri detoksifikasi semulajadi yang berkesan membersihkan sistem pencernaan dan sistem peredaran darah.Sel-sel yang sihat ini memastikan keupayaan tubuh anda untuk menangkis jangkitan, seterusnya meningkatkan sistem imun anda.

Penjagaan rambut

Aloe vera telah terbukti boleh menggalakkan pertumbuhan rambut secara semulajadi. Produk penjagaan rambut yang mengandungi ekstrak aloe vera adalah penting untuk mengekalkan rambut tebal dan sihat.

Penyembuhan Luka

Aloe vera dianggap sebagai penyembuh semulajadi sejak ribuan tahun dahulu. Jika digunakan secara luaran, ia adalah pilihan terbaik untuk penyembuhan luka pada kulit.

Malah, dalam banyak kes, lidah buaya dianggap sebagai ajaib sekalipun untuk kes luka yang paling serius

Penyembuhan Penyakit Gusi

Penyakit gigi dan gusi juga boleh diubati oleh lidah buaya. Anda boleh mencuba ubat semulajadi ini di rumah iaitu dengan meletakkan serbuk aloe vera pada berus gigi, kemudian berus secara normal.

Walaupun aloe vera memberi banyak manfaat kepada kesihatan, namun ia juga boleh memberi kesan sampingan kepada sesetengah individu. Antaranya interaksi negatif dengan ubat-ubatan tertentu, keradangan kulit, reaksi alergi, komplikasi kepada kehamilan dan diabetes, dan kemungkinan kesan terhadap hati. Terdapat kesan ketidakselesaan selepas mengamalkan aloe vera, dapatkan rawatan segera dari doktor bertauliah.

SGMS Enal