Categories: Eat Travel

FamilyMart Perkenalkan Ais Krim Terbaru Yang Berperisa Cheesecake + Sweet Potato

Ketika rangkaian kedai serbaguna dari Jepun ini baru dibuka di Malaysia, ternyata ramai orang berpusu-pusu ke cawangan FamilyMart terdekat semata-mata untuk beli ais krim soft serve yang sinonim dengan namanya.

Pada masa itu, perisa yang ditawarkan adalah Green Tea dan Cheesecake. Sedap dan lembut sangat! Tak kisahlah berapa harganya pun.

Dan sejak itu, walaupun perisa Green Tea itu tetap maintain dalam menu, ada beberapa perisa lain yang telah menggantikan Cheesecake seperti Coconut dan Hokkaido Melon. Penulis paling suka yang Melon tu! Nikmatnya luar biasa!

Beberapa hari lepas, FamilyMart telah memperkenalkan perisa soft serve (ais krim ini dipanggil ‘sofuto’, mengikut sebutan orang Jepun) terbarunya, iaitu gabungan rasa Cheesecake dengan Murasaki Sweet Potato! 

Wah! Tak terbayang macam mana rasanya. Tengoklah! Warnanya pun cantik! 

Mereka yang dah pun try ais krim ini terkejut kerana tak sangka yang gabungan rasa ubi keledek dan kek keju itu lazat sekali. Mesti anda tak pernah rasa kombinasi perisa ini, kan?

Walaupun kedua-dua rasa ini dah bergabung, anda masih boleh rasakan perisa ini secara individu. Dan yang paling penting, kombinasi ini tak menghasilkan rasa soft serve yang pelik-pelik.

Anda patut tahu yang Murasaki Sweet Potato Cheesecake Sofuto ini kurang masin daripada Cheesecake Sofuto. Ia juga tak semanis perisa lain seperti Green Tea, Coconut atau Hokkaido Melon.

Teksturnya juga kekal lembut dan halus seperti sofuto-sofuto sebelum ini. Yes!

Yang tak bestnya mungkinlah ia cepat sangat cair. Susah pula nak tangkap gambar!

Tak apalah, kalau rasanya mengancam, kan? Jadi cepat-cepatlah ke cawangan FamilyMart yang terdekat untuk rasa sendiri ais krim ini. Jangan terlambat!

Sumber: World Of Buzz

Ad Ops