Anak Boleh Kena Cirit Birit Lepas Mandi Laut, Ikuti Tips Keselamatan Ini

Kanak-kanak paling mudah dijangkiti virus setelah mereka bermain air contohnya mandi kolam, pantai, sungai dan sebagainya. Tetapi, aktiviti sebegitulah yang menyeronokkan bagi mereka meskipun berisiko tinggi untuk dijangkiti sebarang penyakit bawaan virus lain.

Oleh itu, entri kali ini akan berkongsi beberapa tips dari Mohd Fhais untuk mengelak anak dijangkiti penyakit seperti cirit-birit setelah bermandi -manda.

Musim perayaan ni semua pantai mesti sesak dengan orang bermandi manda. Masa ni la kuman kuman dalam laut tu akan menganas !

Sebab itu mak ayah kena tahu 5 tips keselamatan untuk anak mandi laut supaya mereka tak jatuh sakit ini.

#1. Periksa Dahulu Kebersihan Air Laut

Sebelum nak terjun baik periksa dulu keadaan air. Kalau kotor sangat warna airnya hitam dan berkeladak, baik beredar dan cari laut lain.

Air laut yang hitam dan berkeladak ni maksudnya air tu tak sihat. Warna dah keledak, kuman dan bakteria yang duk dalam tu pun mesti beribu-ribu sel.

#2. Gunakan Baju Renang (Wajib)

Wajib guna baju renang. Kerana baju renang boleh menutup seluruh tubuh badan dan melindungi badan sepenuhnya.

Baju biasa hanya akan buatkan pasir dan air laut tu terperangkap dalam baju dan seluar. Pasir halus ni boleh masuk ke dalam badan melalui alat sulit anak kita. Jangan main-main!

#3. Jangan Bagi Minum Air Laut

Anak boleh kena cirit birit, batuk dan tonsil bengkak kalau banyak sangat minum air laut. Ini sebab dalam tu ada banyak sangat kuman dan parasit seperti Cryptosporidium, E-Coli, Giardia, Shigella dan Norovirus.

#4. Jangan Kutip Sebarangan Benda-benda Yang Hanyut di Pantai

Air laut akan menghanyutkan segala macam benda ke pantai. Kita tak tahu dari mana benda itu datang dan apa kuman yang dah melekat kat situ.

Jangan biarkan anak mengutip benda-benda ini tanpa perlindungan. Bahaya!

#5. Pastikan Bawa Sabun atau Shampoo

Akhir sekali selepas mandi laut wajib mandikan anak dengan air bersih sebanyak yang boleh. Gunakan sabun dan shampoo sehingga badan betul-betul hilang rasa melekit.

Masa mandi tu ada kuman dan bakteria yang turut melekat pada badan. Kuman ni boleh hidup kat mana-mana je, jadi penting kena basuh bersih-bersih.

Semoga bermanfaat ya

Sumber: Mohd Fhais

SGMS Enal