Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda; Ayam Bakar Mozarella

Bayangkan, Ayam bersalut keju bersama madu, dihidangkan pula dengan nasi panas atau kentang goreng…Ahhhhh, sedapnya. Juadah dengan sentuhan keju pasti menambat hati korang. Yang penting, resepi oleh Chef Imelda Harris ini pasti tak membuatkan korang menyesal. Bertambah-tambah nasi kejap lagi, Selamat Mencuba!

Ayam Bakar Mozarella

Bahan – bahannya;

2 keping bahagian paha ayam

2 sudu besar sos lada hitam

2 sudu besar sos tomato

1 sudu besar madu

1 sudu kecil herba parsley

½ sudu kecil serbuk lada hitam

1 cawan keju mozzarella

Sedikit garam dan minyak jagung

 Cara-caranya:

  • Campurkan sos lada hitam, sos tomato, madu, herba parsley, serbuk lada dan sedikit garam. Kacau sebati.
  • Lumurkan campuran pada ayam dan bakar selama 12 minit pada suhu 180 darjah hingga separuh masak.
  • Setelah separuh masak, taburkan keju mozzarella dan bakar lagi selama 5-8 minit sehingga ayam masak sepenuhnya.
SGMS Faida