Categories: LIFESTYLE

Berpakaian Wanita Ketika Ke Kompleks Islam, Nizam Rahman Terkejut Kena Sembur Dengan…

Personaliti media sosial, Nizam Rahman dikecam kerana berpakaian wanita ketika mengunjungi Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur pagi tadi.

Jejaka itu menghadiri sesi promosi produk keluarannya di sebuah stesen televisyen Islamik yang terletak di kompleks terbabit.

Didakwa tidak sensitif kerana mengenakan kebaya serta memakai rambut palsu wanita, Nizam turut ditegur oleh pengunjung lain yang berada di kompleks terbabit.

Mereka turut menyifatkan perbuatan Nizam keterlaluan kerana kompleks itu turut menempatkan pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Nizam yang terkilan dengan insiden tersebut kemudian menjelaskan situasi sebenar.

“Ada yang kecam saya tak hormat sebuah stesen TV ni sebab berpakaian wanita. Saya ni tak adalah bodoh mana atau hilang akal berpakaian wanita nak masuk TV!

“Kalau TV komersial pun tak boleh “drag”, apa lagi TV stesen yang mengenengahkan Shariah Compliance. 

“Memang taklah nak langgar macam tu kan. Saya masuk slot iklan TV ni pun sebab nak promote Serangup. Itu sahaja,” jelas Nizam menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Nizam terkilan kerana ada pengunjung yang ‘menyemburnya’ ketika berselisih di sana.

“Saya masih tahu peraturan, malah mungkin ramai tak tahu saya sendiri pernah praktikal di sebuah stesen TV swasta.

“Jadi saya tahu, macam mana nak beradab. Masalah timbul bila ada 2 hamba Allah tiba-tiba sound saya kenapa berpakaian wanita? 

“Nak tegur tapi marah-marah, cakaplah elok-elok, apa salahnyakan atau tanya dulu sebelum sembur.

“Itu yang saya saja ‘lorat’ balik dengan mereka. Nasib baik bukan staf stesen TV itu atau staf JAWI.

“Terkejut kita wak! Abang tu macam kena rasukan ablasa! Untuk pengetahuan semua, Nizam memang plan nak tukar baju masa sampai sana. Kawan Nizam siap pegang baju lagi.

“Nizam berpakaian mcm tue sbb Nizam dari satu shooting untuk 1 product dan abis agak lewat dalam 6 pagi.

“Sebab Nizam hanya 2 hari KL, jadi memang terpaksa manfaatkan time yang ada. Macam biasa, ada sesetengah client nak Nizam bawa karakter Ramona.

“Lepas habis shooting, Nizam terus rushing ke stesen TV itu untuk menjalani live program promote produk Serangup.

“Memang plan nak tukar baju dekat sana.  Sebabkan first time ke sana, Nizam saja-sajalah buat live nak bagi tahu followers tengok Nizam dalam program tu.

“Tak sangka pepagi buta kena maki. Hurm! Sajalah nak bagi tahu, Nizam bersiaran pakai baju Melayu tau!

“Video yang korang tengok tue, kejadian sebelum program Live tue berlangsung. Apapun Nizam minta maaflah bagi sesiapapun yang tersinggung. Semua ini hanya salah faham,” katanya lagi.

Sebelum ini, Nizam terkenal dengan watak  Ramona sering menghasilkan video parodi di laman Instagram.

Padin