Bila Anak Diserang HFMD, Apa Perlu Kamu Tahu?

Alahai, runsingnya bila anak diserang HFMD. Anak tak berhenti menangis pula. Nak pergi kerja pun tak senang hati…apa perlu buat eh?

Setakat semalam, sebanyak 33,425 kes HFMD dilaporkan kecuali Sabah dan Sarawak. Ini sekaligus menunjukkan peningkatan berbanding tahun lepas.

Serba sedikit tentang penyakit ini, penyakit tangan, kaki dan mulut juga dikenali sebagai HFMD yang bermaksud Hand, foot, mouth disease.

Kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah sering menghidap jangkitan ini! Tapi, orang dewasa juga boleh terkena virus tau. Harus tahu, HFMD disebabkan jangkitan virus.

Pesakit selalunya akan mengadu ulser yang banyak di dalam mulut berserta ruam di tangan dan kaki.

Penyakit ini adalah disebabkan 2 jenis virus iaitu virus Coxsackie dan virus enterovirus;

Virus coxsackie mudah menjangkiti. Ia boleh merebak dengan cara sentuhan kepada cecair daripada mulut dan hidung pesakit yang dijangkiti virus tersebut.

Jangkitan ini juga boleh menyebabkan keradangan pada otot jantung(Myocarditis), jangkitan pada paru-paru, jangkitan pada otak dan selaputnya(Meningoencephalitis) dan juga kematian.

Apabila seseorang itu sudah dijangkiti penyakit ini, sangat jarang untuk ia berulang semula.

AWAS jika simptom seperti di bawah menyerang anda;

* Demam yang tidak tinggi (suhu 38.2 darjah celcius)
* Kurang selera makan
* Ruam di tapak tangan, kaki
* Jangkitan saluran pernafasan (URTI)
* Sakit perut
* Batuk
* Sakit mulut
* Ulser dalam mulut

SGMS Faida