LIFESTYLE By: SGMS Enal June 22, 2019 @ 2:01pm

Bilik Air Bukanlah Tempat Selamat Untuk Berlindung Bila Kebakaran

Penemuan mangsa kebakaran di dalam bilik air merupakan perkara yang sering terjadi. Kenapa boleh berlaku adakah ini menunjukkan yang mereka tertekan ?

Ikuti perkongsian Penolong Kanan Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, Tuan Mohamad Razi bin Abdul Mutalib.  Antara faktor menyebabkan situasi tersebut berlaku ialah kerana kurang pengetahuan tentang prosedur menghadapi kebakaran ketika di rumah serta salah faham tentang tempat selamat ketika kebakaran.

Sejujurnya, jika anda berada di dalam situasi tersebut, adakah anda terfikir untuk lari berlindung ke dalam bilik air? Pasti ramai yang berfikir bahawa bilik air merupakan tempat yang agak selamat untuk berlindung sementara menanti bantuan tiba. Air sinonim sebagai pemadam kebakaran. Sekurang-kurangnya apabila kita berada di dalam bilik air, pasti kita dapat memadamkan api yang cuba mendekati, kan?

Namun tahukah anda, bilik air bukanlah tempat yang selamat untuk berlindung ketika kebakaran, bahkan mungkin menjadi antara lokasi sangat bahaya yang boleh meragut nyawa anda.

“Ramai yang tidak sedar, tempat yang ada air ini apabila berlaku kebakaran, ia akan menjadi lebih panas berbanding suhu kebakaran biasa itu sendiri. Sebab, apabila berlaku kebakaran di bilik air, suhu panas, jadi air yang ada akan tersejat menjadi wap, membuatkan suhu sekeliling bertambah panas.”

“Selain itu, bilik air kebiasaannya mempunyai hanya satu pintu. Jadi jika kita masuk dan berlaku kebakaran di hadapan pintu bilik air, bagaimana kita nak keluar? Tingkap pula tiada. Yang ada pun berjeriji.

“Jadi, sebab itulah mangsa boleh terperangkap di dalam bilik air,” kata Razi.

Selain dari api yang membakar, asap tebal dan haba yang boleh mencapai 1000 darjah celsius juga boleh mengancam nyawa mangsa yang terperangkap dalam kebakaran.

Oleh itu, jika berlaku kebakaran, apa langkah utama kita perlu ambil?

  1. Keluar bangunan, pergi ke tempat lapang. Selagi kita berada di dalam bangunan, kita belum selamat.
  2. Kalau tak jumpa jalan keluar, cari ruang terbuka berhampiran seperti tingkap untuk mendapatkan perhatian orang luar bagi supaya mereka boleh maklumkan kepada pihak bomba bahawa masih ada mangsa terperangkap di dalam bangunan.
  3. Jika bangunan tinggi, turun gunakan tangga. Lif menggunakan sistem homing di mana ia akan turun ke tingkat yang sudah ditentukan dan tidak lagi berfungsi untuk mengambil orang.

Sediakan pelan keselamatan ketika kebakaran

Bukan sahaja di pejabat, kita sepatutnya sudah merancang lebih awal apakah langkah-langkah yang perlu kita lakukan ketika berlaku kebakaran di dalam rumah. Jika kebakaran bermula di dapur, ke mana patut kita tuju dan jika kebakaran bermula di ruang hadapan, ke mana kita perlu pergi?

Letak kunci di tempat mudah dilihat dan dicapai

Kes mangsa terperangkap di dalam ruangan berjeriji bukanlah satu perkara yang asing. Oleh itu, letakkan kunci di tempat khusus yang mudah dilihat dan dicapai kerana apabila kita sedang cuak, kita tiada masa untuk mengingati di mana kita letakkan kunci rumah tersebut.

Terus keluar

Usahakan untuk terus keluar dari bangunan. Ketika kebakaran, laluan untuk keluar bangunan seperti koridor dan tangga merupakan tempat yang agak selamat sebagai perlindungan sementara. Ruangan tersebut mempunyai pintu rintangan api yang berfungsi untuk melambatkan tersebarnya api supaya anda mempunyai masa yang cukup untuk melarikan diri. Walaupun begitu, ia bukan untuk anda terus berlindung di situ kerana selagi anda berada di dalam bangunan, anda belum selamat sepenuhnya.

Sediakan pemadam api mudah alih


Sebaiknya, beli pemadam api jenis ABC kerana ia boleh memadamkan pelbagai jenis kebakaran samada berpunca dari cecair, kayu atau barangan elektronik.

Mengikut Akta Jalan, Parit Dan Bangunan (Akta 133), semua bangunan seragam di seluruh negeri Selangor sepatutnya memiliki pemadam api mudah alih dalam setiap rumah. Anda juga boleh sediakan pemadam api mudah alih atas inisiatif sendiri untuk rumah dan kenderaan anda sebagai persediaan menghadapi situasi genting yang boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa kita jangka.

Sumber: Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 10 Jan 2018

Ibu Kongsi Teknik Lekat Lencana Tahan Lama

Jenuh Lekat Lencana Sekolah Anak Setiap Minggu’, Ibu Kongsi Teknik Lekat Lencana Tahan Lama

LIFESTYLE Thu, 10 May 2018

5 Adab Ibu Bapa Gagal Terapkan Dalam Diri Kanak-Kanak Ketika Kecil

5 Adab Ibu Bapa Gagal Terapkan Dalam Diri Kanak-Kanak Ketika Kecil Anak Semakin Besar Semakin Kurang Ajar

Events Mon, 2 Sep 2019

Elianto Perkenal ‘Use, Share & Earn’

Ahli akan menikmati rebat minimum 10% serta faedah lain setelah menjadi ahli EMU.

Fab Foodies! Wed, 28 Feb 2018

Stress Di Pejabat? Cuba kunyah ini!

Berdepan dengan deadline, overload kerja dan target tak sampai, pasti tertekan dibuatnya! Apa kata sambil menghabiskan kerja korang, boleh cuba dapatkan makanan seperti di bawah untuk membantu kurangkan sikit tekanan di pejabat.

LIFESTYLE Thu, 25 Nov 2021

Cabaran 24 Jam JomLaunchGood X Kumpul Dana Untuk Tujuan Baik

LaunchGood Inc, sebuah platform dana khalayak (crowdfunding) global mengumumkan mereka bakal menjalankan JomLaunchGood Challenge untuk edisi kedua tahun ini. Dikenali sebagai JomLaunchGood X, ia diadakan bersempena kempen global GivingTuesday. JomLaunchGood adalah sebuah cabaran yang diusahakan […]

LIFESTYLE Thu, 28 Mar 2019

The Capella Hotels & Resorts: A 5-Star Effort in Attaining Excellent Sustainability

The Capella Hotels & Resorts are committed to caring for the environment.

LIFESTYLE Tue, 30 Jul 2019

Guna Gincu Bibir Sempena Peringatan Hari Lipstik Kebangsaan di Amerika

gunakan lip gloss untuk menjadikan bibir anda kelihatan lebih cerah dan sega

LIFESTYLE Wed, 3 Jul 2019

面对爱情你容易失去理性吗?

感情有些人还保有些许理智,但有些就像失心疯一样,面对爱情的你容易失心疯吗?

Fab Foodies! Fri, 12 Oct 2018

Manfaat Dicampurkan Kayu Manis Dan Madu

Setiap 1 sendok teh kayu manis mengandung 19 kalori, 4 gram serat, kalsium, zat besi, vitamin K, dan mangan

LIFESTYLE Mon, 7 Jan 2019

世界上最健康的人不用上健身房!

世界上最长寿的人,会跑跑步机、做重量训练吗?研究指出,住在世界长寿热点「蓝区」的人们,不跑马拉松,也不上健身房。