Categories: LIFESTYLE

Cara Mengangkat Barang Dengan Betul

Melalui portal My Health, kisah Encik Ali ini wajar dijadikan contoh agar kita lebih berhati-hati dalam mengendalikan beban berat samada menolak, menarik atau membawanya. Ikuti perkongsian dibawah, semoga bermanfaat buat kita semua. Ingat, angkat barang pun ada caranya ya!

Teknik SMART Atau SMART Technique

S: Size up the load.
  • Anggarkan berat/saiz/bentuk beban. Gerakkan beban ke kanan dan ke kiri secara perlahan-lahan bagi mempastikan kapasiti anda mengendalikan bebanan tersebut.

Pastikan adakah beban tersebut perlu dialih sebelum diangkat.
Tetapkan lokasi beban hendak diletakkan. Pastikan laluan tidak mempunyai halangan.
Buat keputusan samada peralatan mekanikal atau bantuan rakan lain diperlukan.

Foto 1: Anggarkan berat beban

M: Move the load as close to your body as possible
  • Rapatkan beban dengan badan anda. Semakin jauh beban dari badan, semakin ianya ditanggung berat.
  • Ampu/gengam beban tersebut menggunakan tangan dengan sekemas yang boleh.
Foto 2: Cara yang SALAH menggerakkan beban
Foto 3: Cara yang BETUL menggerakkan beban
A; Always bend your knee

Ia adalah untuk memposisikan kaki dan bagi menstabilkan diri anda. Stabilkan diri anda dengan cara:

  • Letakkan kaki hadapan anda di sisi beban tersebut.
  • Letakkan kaki belakang anda di belakang beban tersebut.
  • Jarak kaki hadapan dan belakang ialah mengikut lebar pinggul anda.
  • Minimakan kedudukan bongkok badan.
Foto 4: Letakkan kaki hadapan di sisi beban tersebut
Foto 5: Letakkan kaki di belakang beban tersebut
R : Raise the loads with your leg.
  • Bengkokkan kaki anda untuk mendapatkan beban tersebut
  • Bangun dan angkat beban tersebut menggunakan otot peha anda. Ia merupakan otot yang terbesar dalam tubuh. Otot belakang hanya berfungsi untuk memeluk bebanan tersebut.
Foto 6: Angkat beban menggunakan kaki dan bukannya belakang anda
  • Angkat beban dengan menggunakan kaki dan bukannya belakang anda. Angkat perlahan-lahan dan jangan sentap beban.
  • Luruskan tulang belakang anda.
  • Angkat kepala dan pandang ke hadapan.
  • Cara ini boleh mempastikan tulang belakang anda lurus dan dapat melihat ke hadapan/laluan.
  • Semasa mengangkat pastikan tangan anda sentiasa lurus dan siku berkedudukan ke dalam.
  • Jangan mengubah cengkaman semasa mengangkat beban tersebut.
  • Jangan samasekali berpusing semasa mengangkat beban, sebaliknya gunakan kaki anda untuk berpusing kerana ini akan menyebabkan kecederaan pada tulang belakang.
T : Turn Your Feet in the Direction that you want to move the load.
  • Elakkan perbuatan tidak perlu seperti membongkok, memusing dan menggapai.
  • Jika perlu pusing, gunakan kaki anda dan bukannya memusingkan badan anda.
  • Bercangkung untuk menurunkan beban tersebut, juga dalam keadaan tulang belakang lurus.

Selamat mencuba ya .. 

SGMS Enal