Categories: HiburanSelebriti

Mahu Habiskan Masa Berdua Lebih Lama, Punca Mawar Belum Berbadan Dua

Pasangan Mawar dan Raf bukan sahaja dilihat selalu bercuti ke luar negara bersama, malah pasangan ini kelihatannya sangat bahagia ketika bersama. Betul tak?

Namun, selepas 6 bulan usia perkahwinan pasangan ini, ramai yang bertanya agaknya bilakah Mawar dan Raf bersedia mahu menimang cahaya mata? Mana taknya, kedua-duanya pun kelihatan gembira dan sangat serasi bukan?

Bagi Mawar sendiri, dia masih belum bersedia mahu menimang cahaya mata kerana ingin memberi tumpuan kepada suaminya, Raf Yaakob. Mawar juga turut mengakui bahawa usia perkahwinan mereka masih baru dan belkioau ingin menghabiskan lebih banyak masa bersama suaminya itu untuk bermanja dan memberi tumpuan kepada kedua-dua anaknya.

“Tanggungjawab sebagai ibu itu sangat besar dan luas jadi saya dan suami merancang untuk tidak menambah bilangan ahli keluarga buat masa ini. Tambahan pula, kami baru berkahwin jadi saya nak habiskan masa dengan suami terlebih dahulu. Tetapi kalau Allah berikan rezeki untuk memiliki cahaya mata lebih awal daripada apa yang kami rancang sudah tentu saya gembira dan bersyukur.” Katanya.

Menurut Mawar, dia dan Raf masih belum berkesempatan berbulan madu walaupun beberapa kali ke luar negara selepas berkahwin. Kerana, terlalu sibuk atas urusan kerja.

 

“Jujurnya kami belum sempat lagi berbulan madu kalau ke luar negara pun kerana ikut suami atas urusan kerja. Tetapi kami ambil peluang tersebut untuk bersiar-siar dan menghabiskan masa bersama  dan itu pun sudah cukup memadai buat saya.” Jelasnya

Apapun, sama-samalah kita doakan yang terbaik buat pasangan ini okay. Kedua-duanya pun nampak sweet je kan?

Salma Syahbuddin