Jangan Tahan Kentut Ini Sebabnya..

Kentut sendiri disebabkan oleh udara yang terjebak dalam perut berasal dari pelbagai sumber. Antaranya adalah udara yang ikut tertelan di saat mengunyah makanan atau minuman. Kentut berlaku akibat

1.Pengambilan makanan secara berlebihan
2. Semasa terasa ingin buang air besar (berak)
3. Kesan sampingan dari pengambilan ubat ubatan tertentu
4. Sembelit
5. Perut masuk angin

Namun menahan kentut juga tidak baik bagi kesihatan diri.

Berikut bahaya jika menahan kentut diambil daripada pelbagai sumber;

1. Buasir

Pada yang suka menahan kentut berhentilah kerana boleh mengakibatkan buasir. Ini kerana pergerakan yang berlebihan pada organ d***r pada saat menahan kentut agar tidak keluar.

2.Sakit badan

Ada yang boleh sampai demam, mual, loya apabila kerap menahan kentut

3. Perut kembung.

Kembung di bahagian perut merupakan satu gangguan yang tidak selesa seperti sengkak & bersendawa. Ia boleh menyebabkan hilang nafsu atau selera makan.

4. Kentut berbau busuk.

Kentut terdiri daripada beberapa kumpulan gas seperti hidrogen sulfida, yang mana kompaun tersebut menyebabkan kentut kita berbau

5. Tambah sembelit

Tahan kentut boleh memburukan lagi sembelit yang anda hidapi. Kajian telah menunjukkan bahawa menahan kentut atau gas yang seharusnya keluar, boleh mengakibatkan peningkatan tekanan di dalam usus besar

Jadijangan selalu sangat tahan kentut ok! Kentut ni memang tak elok nak disimpan cuma tak elok jugak kentut tak kira tempat terutama ketika bersesak dalam lift. Kalau tak berbau tak mengapa, cuba bayangkan berbau dan berbunyi boleh jadi stress ye 

 

SGMS Enal