Categories: LIFESTYLE

Keluarkan Wang Caruman Tanpa Had Jumlah Mulai Januari

Hasil maklum balas dari pencarum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menambah baik polisinya demi kebajikan pencarumnya.

KWSP membolehkan pencarum berusia antara 55 dan 60 tahun mengeluarkan sebahagian simpanan untuk sebarang jumlah pada bila-bila masa bermula Januari depan.

Sebelum ini, KWSP hanya membenarkan pengeluaran minimum RM2,000 sekali setiap 30 hari.

Bermula tahun depan juga pencarum boleh mengeluarkan wang serendah RM100 sebulan berbanding RM250 ketika ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, penambahbaikan itu dibuat berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pencarum.

“Para pencarum KWSP memohon lebih fleksibiliti dari segi pengeluaran. Jadi, kami penuhi permintaan mereka,” katanya.

Disamping itu, pelantikan Amanah Raya Berhad oleh pencarum sebagai penama atau pentadbir untuk simpanan mereka turut dibenarkan.

Jelasnya, cara itu bakal memudahkan agihan simpanan kepada waris sekiranya berlaku kematian pencarum.

SGMS Enal