LIFESTYLE By: SGMS Enal November 26, 2017 @ 3:43pm

Kenali Tanda-Tanda Awal Anak Autism Atau Tidak Usia 1-2 Tahun

Cabaran untuk membesarkan anak bukannya kecil, tanyalah pada mereka yang sudah bergelar ibu dan ayah. Pelbagai karenah anak perlu dilayan. Setiap anak itu memberikan cabaran yang berbeza untuk ibu bapa. Tambah-tambah kalau pasangan itu dikurniakan dengan anak istimewa, misalnya cacat anggota badan ataupun mengalami masalah autism, cabarannya mungkin lebih besar.

Tapikan, kalau anak kita kekurangan dari segi fizikal, memang mudah untuk kita kesan dan buat persediaan. Bagaimana jika anak kita sebenarnya sebenarnya seorang anak autism? Ada ke cara nak mengesannya? Tanda-tanda fizikal dah tentu tak ada, jadi bagaimana?

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Abdul Malek MB berkongsi tips mudah untuk mengesan sama ada anak kita dilahirkan sebagai anak autism ataupun tidak. Jom kita ikuti perkongsiannya.

Ramai bertanya berkenaan bagaimana saya dan isteri boleh kesan anak autism ?

Agak meletihkan untuk beri jawapan atau jawap persatu pada setiap individu. Jadi saya ambil keputusan untuk tulis status ini bagaimana saya dan isteri dapat kesan anak saya autism walaupun pada awalnya saya tak tau mengenai autism.CC

Ibrahim di diagnose dah di sahkan autism pada 30.11 pada usianya 3 tahun 1 bulan.

Pada awalnya tak berapa perasan sebab Ibrahim anak sulung dan fizikalnya normal dan pembesaran fizikalnya normal. Dengan izin Allah usaha mak mertua untuk bawa cucunya didiagnose lah membawa Ibrahim kepada pakar.

Sebelum di diagnose, Mula-mula perasan dan agak pelik bila …

1- Usia Ibrahim 2 tahun hingga tarikh di diagnose langsung tak mengeluarkan suara walaupun pada usia nya setahun sudah keluar beberapa perkataan.

2- Apabila di panggil tiada sahutan dan tidak menoleh.

3- Tidak bermain permainan lego (bricks) yang di beli dan bermain dengan cara yang tak sepatutnya walaupun sudah di ajar beberapa kali.

4- Main permainan seperti lori , kereta dengan cara agak pelik. Main tayar, sembunyi dan susunkan semuanya bawah sofa.

5- Selalu bangun malam. Biasa pukul 2 pagi terjaga hingga 4/5 pagi dan adakala hingga ke subuh. Apa dia buat ? Bermain sendirian, melompat-lompat kadangkala ketawa sendirian kadangkala menangis sendirian tanpa sebab.

6- 2 minggu pertama di school (nursery) hampir semua rakan di gigitnya. Pada ketika usianya 2 tahun 4 bulan.

7- Bila bercakap dengan dia tiada eye contact. (Kita sedang cakap dengan dia tapi dia tengok tempat lain)

Di atas adalah antara tanda / sign Ibrahim hingga membawa saya untuk hantar untuk Ibrahim di diagnose.

Selepas di diagnose saya termenung lama dan merenungi perjalanan ibrahim dari sejak dia lahir. Rupanya tanda autism itu sudah ada sejak dia dari bayi lagi. Antaranya :

1- Dia adalah baby yang paling senang jaga. Menangis ketika lapar je. Lepas kenyang tido.

2- Meraung-raung ketakutan apabila isteri on blender untuk memasak. Apabila usianya setahun lebih, wajah dan cara ketakutan yang sama saya perasan bila dengar mesin rumput.

3- Ibrahim adalah baby yang tak pernah jatuh katil walaupun sekali. Semasa dah pandai meniarap dan merayap serta merangkak dia akan rasa dahulu sebelum turun katil. (Bijak kan ?)

Usia setahun  – 2 tahun

4- Flapping hand ketika usianya setahun lebih dengan sangat kerap.

5- Suka berjalan dengan jinjit kaki. Berulang-ulang kali.

6- Suka berpusing-pusing ikut kipas. Berulang-ulang kali.

7- Mula mengeluarkan words pertama iaitu bi (abi), nek (nenek) , nak, jukk (sejuk)- kemudian ketika umur 2 tahun hilang terus.

8- Nak makan atau meminum sesuatu dia rasa test di hujung lidah dulu. Kalau lembik dia tak akan makan. Kalau panas atau kelat, tawar dia tak akan minum.

9- Suka main bawah meja, bawah kerusi.

10- Trauma dengan air.

11- Ketawa dan menangis tanpa sebab. Tiba-tiba ja.

12- Tak bermain di playground.

13- Kerap bangun malam

14- Tak bermain bersama sepupu-sepupunya yang sebaya.

15- Jika nak makan dia akan bawa pinggan kepada saya atau umi dia. Jika nak minum dia akan bawa bekas air kepada kami.

 

Sumber : Abdul Malek MB

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 22 Feb 2018

吃火锅烧烤衣服卡味道?专家教你2招去除……

喜欢吃火锅或烤肉的你,是不是通常在吃完后会有个一个烦恼,就是发现衣服沾上味道,到底该怎么办?有专家建议,可以利用浴室蒸气熏走异味,或者用吹风机热风吹5分钟试试。

LIFESTYLE Sun, 7 Jul 2019

4 Sebab Kenapa Pintu Bilik Air Awam Perlu Tolak Untuk Buka?

Ada sebab rupanya pintu tandas awam sebegini , sesekali bagus juga info ni ya

Fab Foodies! Sat, 30 Jun 2018

Tips Agar Makan Malam Tidak Jadi Lemak

Alih-alih penurunan berat badan tidak menjadi tetapi berat badan kamu pula meningkat. Antara tips agar makan malam tidak jadi lemak 

Fab Foodies! Fri, 30 Mar 2018

Malaysian Wins Silver Medal in International French Pastry Competition

We beat out countries like Canada and the United States of America! Oh you get to eat those award-winning desserts too.

LIFESTYLE Wed, 18 Apr 2018

Wow! Gincu Untuk Penggemar ‘Musang King’

Hadir dalam warna kuning seakan-akan warna durian musang king, kami pasti korang yang sukakan durian memang rasa ‘kenyang’ jer bila gunakan gincu ini. Tak menyesal punya beb!

LIFESTYLE Sat, 27 Apr 2019

5 Mei Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan

Pejam celik rupanya dah nak puasa ye

Fab Foodies! Thu, 3 Jan 2019

Spend Your Blessed Sunday with Loved Ones Having Brunch at Flock

Set within the Golden Triangle of Kuala Lumpur, there are so many things to do after your hearty buffet experience here.

LIFESTYLE Thu, 14 Mar 2019

单身必看!未来半年的桃花运势

说上桃花,大概是单身朋友都挺引颈期盼的,每每想谈上感情,却老找不到对象。

LIFESTYLE Thu, 19 Dec 2019

Lotion Isn’t Actually The Best Way To Moisturize After Shower

Who would have thought there is a major difference between lotions and moisturizers!

LIFESTYLE Tue, 8 May 2018

13个「闭上眼都能出国」的世界各国交界处

世界上的许多国家都会有和其他国家相邻,就像我国和泰国,因此会有「国界」的产生。外国媒体整理了几张很有意思的「国界」,一起来看看吧!