Categories: LIFESTYLE

Kongsi Pengalaman Dan Teknik Kesan Kutu Kucing Dirumah

encinta kucing mesti dah tahu akan bahaya kutu kucing terhadap orang disekeliling.  Siapa pernah kena serangan kutu kucing pasti serik dengan kegatalan melampau pada bahagian yang digigit.  Tahukah anda hanya 5% sahaja kutu itu terdapat pada badan kucing anda dan 95% lagi terdapat disekeliling anda, mungkin dilantai, karpet, atau rumput rumah.

Apa itu kutu kucing?  Kutu kucing yang bersaiz sangat kecil ini gemar bersembunyi dalam tubuh comel kucing anda namun bagi penjaga yang sentiasa mementingkan kebersihan haiwan peliharaanya pasti jarang menghadapi masalah kutu kucing ini.

Kutu Kucing Sangat Gatal

Asal tidur malam je mesti diserang, serang bertubi-tubi pula tu, gatal yang amat sangat-sangatlah.  Hari pertama diserang, Ayu syak seekor nyamuk je yang gigit, hari kedua naik lagi merah, dulu bintik merah 2 je, hari kedua dah 5 pula bintik.  Aih makin pelik, makin tertanya-tanya?

Sedangkan ubat nyamuk lingkaran dah pasang, siap sembur lagi ubat nyamuk.  Ini mesti bukan nyamuk.  Kemudia hari ketiga, kita syak pepijat, tapi tak nampak serangga apa yang menggigit.

2-3 hari tertanya, serangga apa yang serang ni, jadi kita belilah pelekat lalat yela nak tahu serangga apa yang serang masa tidur.  Jadi sebelum keluar rumah buka pelekat lalat atas katil, kemudian tutup pintu, sebab takut lekat dekat kucing pula.

Kutu kucing aktif bila kita tutup lampu, masa tidur, masa tulah askar dia serang kita.  Gatal memang gatal, cuci tempat gatal dengan dettol atau cetaphil akan kurangkan gatal, lepastu sapu minyak gamat untuk hilangkan luka.  Sebelum settle hapuskan aksar kutu, pastikan tidur pakai baju lengan panjang yang bertutup untuk elakkan daripada menggaru lagi.
Rawatlah kucing anda, banteras kutu dan mandikan kucing anda dengan kerap.
SGMS Enal