Acara By: Khairil Khusyairi September 29, 2023 @ 11:23am

Meriahnya! Lebih 20 Makanan Viral… Jom Ke Top Viral Food Festival Di Sunway Putra Mall

Selepas kejayaan Nasi Kandaq Fest minggu lalu, kini kaki-kaki makan semua boleh menikmati satu lagi acara FriedChillies dan Sunway Putra Mall bertema ‘makanan viral’ yang akan berlangsung selama 3 hari iaitu Top Viral Food Festival!

Acara yang bermula 29 September hingga 1 Oktober akan menggabungkan pelbagai makanan viral di media sosial dari brisket yang lembut ke donut-pizza yang mengiurkan. Wow!

“Sejak kebelakangan ini, memang tak boleh dinafikan yang pelbagai makanan yang inovatif telah dihasilkan dan dijual melalui media sosial- pandemik ini telah memberi orang masa untuk berkarya dan juga mencari rezeki alternatif untuk menampung hidup.

“Kami jangka pengunjung acara ini adalah dari golongan muda dan juga yang berkeluarga kerana selain dari makanan yang hebat-hebat kami juga ada merancang aktiviti-aktiviti yang pasti akan menghiburkan semua.” kata Adly Rizal, CEO FriedChillies.

Vendor-vendor yang akan berada di Top Viral Food Festival ini terdiri daripada pengusaha F&B yang sedang hangat di media sosial bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Antara nama-nama yang pasti orang akan kenali adalah Beard Brothers BBQ, TanjakCrew, Suka Dessert dan Donut Viral Opah yang seringkali jadi sebutan ramai sejak tahun 2021.

Senarai penuh Vendor Top Viral Food
1. Beardbrothers
2. Suka Dessert
3. Sushika
4. Mac Mafia
5. SB Fruyo
6. Tanjak Crew
7. Liur Leleh
8. Kopi Kamper
9. Hauslah
10. Bakso Beranak
11. Jagung Cheese Tarik
12. Wagyu Skewer
13. GoatFather
14. Air Dalam Tin
15. Golden Dough
16. Roti Wap
17. Moowich
18. Donut Opah
19. Racha Tomyam
20. Blook Troops

Pada hari-hari acara, akan ada buskers dan juga pertandingan makan Man Vs. Food.

Selain itu, satu Pertandingan Cosplay Pose akan berlangsung dan lebih kurang 500-1000 peminat cosplay dijangka akan datang untuk bertanding dan menonton.

FriedChillies adalah jenama disebalik tabir acara-acara makan meletup seperti I Eat Nasi Lemak dan Ayam Lejen dan mereka selalu mencari lokasi yang menarik untuk dijadikan tapak acara.

Tapak Ayam Lejen adalah stesen LRT Ara Damansara (pada tahun kedua acara tersebut, walaupun dilanda hujan ribut, peminat ayam goreng tetap datang untuk menjamu selera di lokasi stesen).

I Eat Burgers pula menyajikan acara 12 jam penuh kegilaan burger, dimana 20 tokoh terdiri daripada gerai Ramli Burger ke kedai burger gourmet tak putus-putus menghidangkan burger-burger juicy kepada para fanatik burger.

FriedChillies adalah syarikat food media yang mengetengahkan tempat makan best kepada orang ramai sejak tahun 1997. Merekalah crew disebalik pesta-pesta makan ikonik seperti I Eat Nasi Lemak, I Eat Burgers, Ayam Lejen dan FriedChillies Makan Best Series. Setiap acara dirancang dan vendor dipilih dengan teliti. Ini bermakna hanya yang terbaik akan dikumpul di bawah satu bumbung untuk dinikmati oleh semua warga Malaysia.

FriedChillies juga ada resipi-resipi, rancangan bertemakan makanan dan juga projek konservasi kuih bernama Projek KWIH yang dijalankan bersama Yayasan Hasanah. Layari web kami www.friedchillies.com atau ikuti kami di FB dan IG @friedchillies

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Konsert Mon, 5 Feb 2024

Sajikan Dengan Pelbagai Kejutan, Konsert Lovechestra Mahalini Live in KL Buat Penonton Terpukau!

Memang best betul konsert Mahalini pada Sabtu lepas! Min masih tak boleh move on lagi!

Featured Mon, 25 Mar 2024

Artis Veteran Pukul Abang Ipar Guna Batang Besi Direman 4 Hari

Alamak, siapakah gerangan artis veteran merangkap komposer itu???

Hiburan Mon, 11 Nov 2019
Events Mon, 1 Apr 2019
Hiburan Fri, 14 Dec 2018
Hiburan Fri, 5 Jan 2024
Hiburan Thu, 16 Sep 2021

“Aafiyah Sampai Excited Tengok Kereta & Lampu Jalan…” – Siti Nurhaliza

Lama ‘terperap’ di rumah akibat pandemik, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan anak sulungnya, Siti Aafiyah teruja apabila dia dibawa keluar. Tambah Siti, dia mengambil pendekatan untuk menggajikan penjaga yang mempunyai latar belakang […]