Motif Bekam Bayi Berusia 40 Hari, Netizen Label Ibu Bapa Bayi Gila!

Semalam sahaja viral dimedia sosial apabila video berdurasi 37 saat menunjukkan seorang bayi berusia 40 hari dibekam nyata mengundang kemarahan netizen. Dan, kejadian yang berlaku di Indonesia itu adalah bertujuan untuk membuang angin bayi tersebut. 

Memang gila, tapi itulah yang terjadi. Menurut mereka, rawatan bekam ini sangat menyenangkan bayi dan boleh membuatkan mereka rasa lebih selesa. Tapi betul ke? Bukankah kulit bayi seusia itu masih nipis dan kalau nak ikutkan, bayi bukanlah ada darah kotor seperti orang dewasa?

Rata-rata netizen memberikan pendapat tersendiri berkenaan isu ini.

Namun, menurut pendapat seorang Doktor rawatan bekam adalah tidak selamat dan tidak sesuai kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah. Dan, sehingga kini tiada bukti menunjukkan rawatan tersebut berkesan kepada bayi. Dan, seeloknya bagi bayi yang baru lahir, susu ibu merupakan ubat yang paling terbaik sama ada untuk merawat kembung perut ataupun penyakit kuning (Jaundice).

Salma Syahbuddin