Categories: LIFESTYLE

Nak Tahu Tanda-Tanda Kanser Mulut? Teruskan Membaca!

Tahukah anda, kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal berlaku di dalam mulut kita. Pengesanan awal mengenai penyakit ini boleh dirawat sebelum ianya merebak dengan lebih teruk lagi.

Kenali tanda-tanda kanser mulut yang mungkin ada pada diri anda.

1. Bengkak dlm mulut

2. Tompok merah/putih

3. Ulser tidak sembuh lebih 2 minggu

4. Sukar mengunyah, menelan, bercakap, gerakkan rahang atau lidah

5. Rasa kebas dalam mulut

6. Terasa ada sesuatu terperangkap di tekak

7. Sakit tekak kronik/suara serak lebih 6 minggu (terutama perokok dan pengguna alkohol berusia lebih 50 thn)

8. Bengkak pada rahang

9. Bengkak pada leher lebih 3 minggu

10. Sakit telinga berterusan

11. Gerakkan gigi tak normal dan berterusan (lebih 3 minggu)

12. Hilang berat badan tanpa sebab.

Sumber: KKM Putrajaya

SGMS Enal