Categories: LIFESTYLETrendsetter

Nak Berhenti Merokok Tapi Tak Tahu Caranya?

Anda seorang perokok tegar yang berniat untuk berhenti merokok? Jika anda salah seorang daripadanya, NCIG bakal menyelesaikan masalah tersebut.

 Sebuah produk alternatik merokok, NCIG telah dilancarkan sejak 12 Januari lalu kini semakin mendapat tempat di Malaysia. 

Buktinya, produk ini berjaya terjual lebih 60,000 unit dalam tempoh kurang empat bulan.

Lebih menarik, produk dalam bentuk peranti ini telah mencetuskan fenomena luar biasa dalam kalangan rakyat Malaysia apabila menjadi buah mulut bagi perokok tegar yang berjaya menghilangkan ketagihan merokok sejurus beralih kepada NCIG.

Menurut pengasas NCIG, Shariffuddin Bujang, beliau adalah pengguna pertama NCIG memandangkan dirinya seorang perokok tegar sejak di bangku sekolah.

“ Saya adalah pengguna pertama produk ini. Selepas berjaya berhenti merokok lebih setahun dengan menggunakan peranti ini, barulah saya yakin untuk menjual produk ini kepada umum.

“ Pihak kami sangat bersyukur dan berterima kasih dengan maklum balas dan sambutan luar biasa yang diterima. Dalam tempoh kurang empat bulan NCIG sudah berjaya terjual lebih 60,000 unit di Malaysia.

“ Kejayaan NCIG ini adalah hasil sokongan anda semua. Malah kualiti produk yang dibawakan ini memang dicipta khas untuk menjamin kepuasan seorang perokok. Seterusnya, membantu mereka untuk berhenti merokok secara total,” katanya.

Shariffuddin juga amat teruja apabila sambutan baik turut diterima dalam kalangan selebriti dan warga emas.

” Ada pembeli berumur 70 tahun yang kini sudah meninggalkan tabiat  itu selepas 20 tahun menjadi perokok tegar,” katanya.

Tambah Shariffuddin atau lebih mesra disapa sebagai Pakdin, peranti yang kini hadir dengan dua warna iaitu hitam dan merah itu dibangunkan sepenuhnya di tempat kelahirannya iaitu Tampin, Negeri Sembilan manakala pemasangannya dilakukan di China.

Menyimpan segudang impian, Pakdin berharap produk ini berjaya membantu masyarakat untuk berhenti merokok selain menjadi satu trend baharu.

“Harapan saya sangatlah besar iaitu ingin melihat lebih 1 juta perokok berubah kepada NCIG dan menjalani gaya hidup sihat sebelum menjelang tahun 2020.

“Kami sangat optimis untuk membantu masyarakat Malaysia dan seluruh dunia untuk berhenti merokok dan mencuba peranti yang sudah membantu ramai masyarakat hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, NCIG akan membuka cawangan pertama di Malaysia yang terletak di Desa Sri Hartamas pada 27th April 2019.

Sementara itu, NCIG juga sudah melebarkan sayap ke Indonesia.

Sehingga kini, lebih 10,000 peranti NCIG sudah dipasarkan ke Indonesia pada fasa pertama dan rata-rata memberi respon yang sangat baik.

NCIG di Indonesia adalah peranti  elektrik bercukai pertama yang mendapat persetujuan dari Direktorat Jenderal Bea dan Cukai ( DBJC) di Indonesia kerana mereka menjelaskan bahawa 1.2 juta penduduk Indonesia menggunakan rokok elektrik.

“Target kami di Indonesia juga menjangkau 1 juta unit starter kit kerana permintaan pasaran yang tinggi terutama bagi mereka yang ingin berhenti merokok.

“Kami sangat berkomitmen tinggi demi membangun produk ini. Kami kini dalam perancangan untuk membangunkan kilang di Bandung.

Kepada anda yang masih mencari alternatif untuk berhenti merokok boleh layari website www.ncig.com.my/shop ataupun mengikuti di Instagram @ncigmy.

SGMS Faida