Categories: LIFESTYLEOMG

Opss! Penggemar Boba Ini Cetus Kontroversi

Ya, memang betul minuman berunsurkan boba ini semakin mendapat tempat dihati rakyat Malaysia. Tidak kiralah, yang muda atau yang tua. 

Namun, perkongsian seorang pengguna twitter ini mendapat kecaman netizen apabila bertindak kurang bijak dengan sengaja membuang air boba tersebut keatas jalan bertujuan untuk diminum oleh kucing. 

Selepas sehari minuman itu dibiarkan diatas jalan, mereka kembali semula dan melihat boba tersebut mengeras seperti batu.

Video berdurasi 01:07 minit itu menunjukkan seorang remaja dalam video tersebut telah mengeluarkan kenyataan bahawa begitulah keadaan boba didalam perut.
Kenyataan tersebut sekaligus mengundang kecaman netizen yang menyifatkan remaja terbabit masih belum ‘cukup ilmu didada’.
Apapun, remaja terbabit telahpun tampil memohon maaf diatas perbuatan mereka sengaja membuang minuman terbabit untuk diminum oleh haiwan tersebut.
Salma Syahbuddin