Categories: HiburanSelebriti

Anak Raffi Ahmad Kanak-Kanak Terkaya Di Indonesia?

Kehidupan seharian pengacara, penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Raffi Ahmad kembali menjadi sebutan netizen.

Menariknya, kali ini netizen memperkatakan tentang jumlah wang saku anaknya, Rafathar yang dikatakan boleh menampung perbelanjaan orang dewasa selama seminggu.

Hal ini dibongkar menerusi sebuah video yang memaparkan Rafathar meminta izin Raffi sebelum bertolak ke sekolah.

Apa yang menarik perhatian, di tangan Rafathar kelihatan sekeping nota RP 100,000 (Rupiah) yang bersamaan sekitar RM 30. 

Memandangkan Rafathar yang baru sahaja menginjak usia empat tahun, rata-rata warganet di Indonesia beranggapan jumlah itu terlalu banyak untuk si kecil.

Namun, ada juga yang menganggap selaku anak selebriti popular Indonesia, RM 30 untuk Rafathar apa lah sangat, kan? 

Raffi juga sudah memulakan karier lakonan seawal usia 14 tahun dan tidak hairanlah apabila dia menjadi antara selebriti terkaya di Indonesia.

Antara perniagaan yang diusahakan Raffi ialah pakaian, makanan, wangian, perbankan dan terbaru dia bakal melancarkan taman tema permainan yang diberi nama Rafathar Play Park.

Untuk rekod, Pasangan selebriti ini berkahwin pada tahun Oktober 2014 dan mendapat cahaya mata lelaki bernama Rafathar pada Ogos 2015. 

SGMS Faida