Categories: LIFESTYLETrendsetter

Peminjam PTPTN…Ini Mungkin Berita Baik Buat Anda!

Bagi yang berpendapatan bermula RM 2000- RM 2500, Kementerian Pendidikan menetapkan kadar bayaran semula iaitu dua peratus atau RM40 bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik memaklumkan kadar itu bakal dilaksanakan bermula 1 Januari 2019 seiring dengan peningkatan gaji mereka

“ Buat masa ini kita meletakkan RM2,000 sebagai nilai pembayaran dengan permulaan minimum ialah RM40.

“ Kemudian ianya akan meningkat berdasarkan pendapatan mereka. Kita akan berusaha pada tahun ke hadapan jikalau keadaan kewangan kerajaan pulih, kita akan cuba tunaikan janji (Manifesto Pakatan Harapan) yang meletakkan RM4,000 sebagai nilai ambang. Tetapi buat masa ini yang terbaik kami boleh lakukan ialah letak RM2,000 sebagai nilai ambang,” katanya.

Bagi peminjam di bawah kategori RM2,000 – RM2,500 yang sudah pun memulakan pembayaran balik, Maszlee berkata, mereka juga boleh melakukan penstrukturan semula mengikut kadar baharu itu.

SGMS Faida