Categories: LIFESTYLE

Punca Utama Kematian Berbanding Rokok

Diet ditakrifkan sebagai jumlah makanan yang dimakan oleh seseorang. Selain itu, ia didefinisikan juga sebagai pengambilan nutrisi tertentu yang dilakukan bagi tujuan kesihatan mahupun untuk menurunkan berat badan. Menurut kajian, diet yang diamalkan setiap hari merupakan ‘pembunuh paling kejam’ berbanding aktiviti merokok yang menyebabkan satu daripada lima kematian di seluruh dunia.

Para penyelidik mengatakan kajian itu bukan mengenai obesiti tetapi tentang diet yang berkualiti rendah. Diet seperti ini akan merosakkan hati malah boleh menyebabkan kanser. Global Burden of Disease melalui analisis yang dilakukannya mendapati bahawa tabiat pemilihan makanan yang salah akan memendekkan jangka hayat seseorang di seluruh dunia. Antara diet yang menyebabkan kematian adalah :

1] Terlalu banyak garam – tiga juta kematian

2] Terlalu sedikit bijirin – tiga juta kematian

3] Terlalu sedikit Buah-buahan – dua juta kematian

Gambar : Pritikin

Prof. Christopher Murray, Pengarah Institusi Kesihatan Metrik dan Penilaian di Universiti Washington menyatakan bahawa pemakanan merupakan unsur penting dalam kesihatan, pengambilan kekacang, sayuran, serat dan omega-3 dari makanan laut yang kurang akan menjadi ‘pembunuh utama’ di dunia.

Dalam penyelidikannya, terdapat 10 dari 11 juta kematian berlaku adalah berkaitan dengan diet.

Ia disebabkan penyakit kardiovaskular yang berpunca daripada pengambilan garam. Pengambilan garam yang berlebihan akan menyebabkan tekanan darah tinggi dan berisiko untuk terkena serangan jantung dan strok.

Malah, ada masanya individu akan mengambil terlebih mahupun terkurang setiap nutrisi yang dicadangkan kepada mereka.

Menurut Prof. Murray, diet yang benar-benar hebat adalah diet yang meningkatkan kadar pengambilan bijirin, kekacang, sayur-sayuran dan mengurangkan garam.

Sumber : bbc.com 

SGMS Enal