Rasai Pelbagai Jenis Kek Yang Pastinya Buat Anda Sanggup Beratur Berjam-jam!

Pasti ramai yang menggemari dessert kan? Dan, kalau dah minta tu, apalah salahnya kalau kita belajar pula, betul tak? Jadi, di sini kami nak kongsikan dengan semua sebuah kafe yang anda sendiri boleh rasai kek yang sedap, makanan yang enak dan yang lebih  istimewa, cafe ini juga turut menyediakan kelas untuk mem-baking. Tapi, kelas baking ni  bukan untuk orang dewasa je tau, budak-budak pun boleh join sekali! 

Gula Cakery merupakan kafe yang mesra kanak-kanak, terletak di Kota Kemuning, Selangor, Gula Cakery juga turut menyediakan lebih daripada 150 jenis kek yang gebu-gebas! Kesemua kek ini disediakan fresh from the oven membuatkan anda seakan-akan berada di rumah sendiri.

Ruang Gula Cakery yang lapang juga sangat sesuai untuk kunjungan seisi keluarga. Di samping itu, kafe ini turut menyediakan ruangan khas untuk kanak-kanak yang dilengkapi set taman permainan, buku, dan pelbagai alat permainan. Jadi, kepada ibu-bapa, korang bukan sahaja dapat menikmati hidangan yang sedapdan lazat, malah dapat mengawasi anak-anak korang juga!

Jadi apa tunggu lagi, jom kita usha antara kek dan donut dengan filling nya yang mewah hanya di Gula Cakery!

 

 

 

 

 

 

Wahh! So tempting kan? Rasa macam nak pergi sekarang juga! Selain kek, Gula Cakery turut menyediakan juadah istimewaMaka, kalau anda rasa nak makan makanan yang berat, anda boleh cuba menu lain seperti spagetti, nasi ayam merah dan lain-lain.

Wahh, harga yang disediakan pun berpatutan! Kami pula yang excited nak rasa masakan di Gula Cakery.

Macam yang kami cakap sebelum ni, Gula Cakery juga ada menyediakan kelas baking kepada sesiapa yang berminat. Kelas baking untuk kanak-kanak pun ada tau!

Jadi, ibu bapa bolehlah hantar anak mereka ke Gula Cakery, mana tahu boleh buka kafe lain ke lepasni? Nak pergi kelas bersama kawan-kawan pun boleh.

Dengar cerita, mereka ada buka satu cawangan baru di IOI Mall Putrajaya. Boleh makan kek sedap-sedap. Kemudian, jangan lupa kasi pandangan dan review korang okay!

Gula Cakery

Alamat : 11, Jln Anggerik Aranda BG 31/BG, 40460 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.

Waktu Beroperasi : 12:00PM – 08:00PM
Selasa– Ahad (tutup hari Isnin)

Hubungi: +60 3-5131 4604
Fb & Ig : @gulacakery

Ad Ops