Sikap Anak Cerminan Ibu-Bapa Di Rumah, Kalau Tak Percaya Baca Perkongsian Doktor Ini!

Anak-anak kecil zaman sekarang, ramai yang ada masalah untuk berinteraksi atau berkomunikasi dengan orang lain. Ada yang pendiam/pemalu, ada pula yang kuat meragam. Tak kurang juga yang pemarah/agresif. Selepas itu, sebilangan besar ibu-bapa menyalahkan gajet. Fikir sejenak, adakah benar sikap anak anda sebegitu disebabkan gajet? 

Sebelum kita salahkan gajet, kita kena tahu kenapa penggunaan gajet berlebihan ini berlaku. Ya, kerana ibu bapa tak cukup sabar nak layan karenah anak-anak, atau ibu bapa sibuk buat perkara lain. Jadi punca yang sebenar adalah kita (ibu bapa).

Kita cepat bosan bila anak ulang- ulang cerita. Kita suruh mereka berhenti bercakap. Kita cepat melenting bila anak ulang- ulang soalan. Betul tak?

Kita juga suruh anak-anak jangan bertanya. Kalau kita jawab pun, kita jawab ala kadar, sepatah dua sahaja. Nak senang, kita bagi gajet supaya mereka tak kacau kita.

Maksudnya kita yang ajar anak kita cara yang salah berkomunikasi, dan bila anak tu jadi ada masalah sosial, kita salahkan seratus peratus pada gajet. Padahal dengan pengawasan dan penggunaan yang betul, gajet tu boleh jadi platform yang baik untuk mendidik anak.

Kesalahan lain yang sering ibu-bapa lakukan adalah kerap menonjolkan emosi negatif seperti marah, menghalang, mengarah atau menyalahkan orang lain walhal kita sepatutnya: Menasihati, mengalakkan, mengajak & bertanggungjawab.

Kesimpulannya, JANGAN bawa emosi negatif dari tempat kerja ke rumah, tinggalkan di luar pintu!

Sumber: Twitter Dr Kamarul Ariffin @ Dr Chaku

SGMS Faida