Categories: LIFESTYLE

Tanda-Tanda Kanser Limfoma

Beberapa hari lepas, penyanyi lagu kalis rindu, Elyana mengumumkan bahawa dirinya penghidap kanser limfoma tahap empat. Berikutan itu, ramai yang tertanya-tanya mengenai penyakit ini,

Rata-rata diantara kita masih kurang faham dan tidak mengetahui punca yang jelas mengenai penyakit ini. Menyedari tentang itu, Dr Rafidah Abdullah, Pakar Perunding Perubatan, memberi sedikit perkongsian mengenai penyakit ini dalam bahasa yang lebih mudah.

Terdahulu, penyakit yang sama telah menyebabkan kematian kepada anak ahli kumpulan UNIC, Bazli telah kehilangan anaknya pada Jun lalu selepas setahun berjuang melawan sakit ini.

Sejak semalam, perkataan limfoma berlegar di media sosial. Limfoma atau barah kelenjar limfa dalam badan bukan sama dengan barah yang lain. Ianya banyak jenis rawatan dan prognosis juga tidak sama.

Ia terbahagi kepada Non-Hodgkins Lymphoma (NHL: gambar di bawah adalah dari internet dimana tahap IV ) dan Hodgkins Lymphoma. Yang kedua adalah lebih agresif sedikit. Ya, bergantung kepada jenis, rawatan biasanya kemoterapi / radioterapi dan ada beberapa lagi. Doktor akan ambil tisu dan beberapa ujian terperinci untuk membuat keputusan apa rawatan yang sesuai.

Kebiasaannya bermula dengan kelenjar limfa yang bengkak. Kalau di leher kita itu, agak biasa bengkak bila kita mengalami kuman infeksi; itulah reaksi biasa bilamana badan kita mengalami proses untuk melawan kuman tersebut. Kalau bengkak kejap, ok. Tapi kalau bengkak tidak baik, elok berjumpa dengan Doktor. Tambah lagi kalau ada simptom sistemik yang lain seperti demam, letih & lesu.

Tapi yang tentunya tidak boleh pukul rata semua orang rawatannya sama. Bergantung kepada jenisnya juga. Jika anda tidak tahan dengan apa-apa rawatan, bincang dengan Doktor yang merawat. Ianya boleh di kurangkan dos, ditukar dan pelbagai cara lagi.

SGMS Enal