Euforia Bola 2026
Acara By: Padin December 17, 2023 @ 5:15pm

Lisa Surihani, Bella Dally & Uyaina Arshad Meriahkan Ariani Hijab Run 2023… Sumbang RM30,000 Kepada Tabung Bencana Bulan Sabit Merah Malaysia

Jenama tudung terkenal Ariani menyerahkan sumbangan tabung bencana RM30,000 kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) pada program Ariani Hijab Run yang diadakan di hadapan House of Ariani pada Sabtu.

Pengarah Pemasaran Ariani, Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip berkata, sumbangan itu sebahagian daripada usaha pihaknya dalam memberi sokongan kepada komuniti di saat memerlukan.

“Ini sebagai tanggungjawab sosial korporat Ariani. Memahami betapa runcingnya bencana yang sering melanda negara terutama pada hujung tahun, sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami dalam memberi sokongan kepada komuniti di saat memerlukan serta menyokong usaha penuh BSMM yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam membantu mangsa bencana dan misi bantuan kemanusiaan.

“Saya bersyukur atas kejayaan program ini dan mengucapkan terima kasih kepada komuniti serta pelanggan setia kami. Saya berharap agar acara larian seperti ini dapat menjadi tradisi bagi Ariani dalam mendorong gaya hidup sihat dalam kalangan wanita di negara kita,” katanya.

Sumbangan itu diserahkan kepada Setiausaha Kehormat Kebangsaan BSMM, Hakim Hamzah oleh Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Faroz Mohamed Jakel.

Mengenai Ariani Hijab Run 2023, ia adalah penganjuran kali kedua selepas tujuh tahun sejak edisi pertamanya pada 2016.

Acara itu mendapat sambutan hangat dengan penyertaan 3,200 peserta, yang majoritinya adalah wanita dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang.

Menariknya, larian ‘Fun Run’ sejauh 3.5 kilometer (km) dan 6km itu turut disertai tiga selebriti yang juga duta Ariani iaitu Datin Lisa Surihani, Bella Dally dan Uyaina Arshad.

Bella berkata, acara kali ini tidak hanya tertumpu pada larian semata-mata.

“Ariani Hijab Run juga diserikan dengan karnival mini yang penuh dengan pelbagai aktiviti menarik dan permainan khusus untuk kanak-kanak dan aktiviti keluarga, seperti menangkap ikan, yang menjadi daya tarikan bagi ibu bapa membawa anak-anak mereka.

“Suasana di perkarangan House of Ariani meriah dengan siri aktiviti yang dijalankan, termasuk pemeriksaan kesihatan percuma, serta pelbagai gerai jualan makanan dan minuman, menambahkan lagi keceriaan acara,” katanya.

Pada masa sama, Ariani turut memperkenalkan koleksi pakaian sukan dan tudung terbaharu di bawah label Ariani Fit, khusus untuk wanita moden Muslimah yang dilancarkan pada 3 Disember lalu.

Ariani Hijab Run 2023 turut mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada pelbagai jenama ternama termasuk Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), KPJ Ampang Puteri, POKKA, Daia, Habib, Gleneagles Hospital, Move Fitness, Good Virtues Co, Chomel, Bonda Haven, Kina Cosmetics, dan Fazs Faozi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 4 Mar 2022

Yayasan Maghfirah Sasar RM5 Juta Bantu Mereka Terkesan Covid-19

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Maghfirah tampil membantu dalam mengagihkan sumbangan kepada golongan sasaran yang terkesan akibat pandemik menerusi kempen Raikan Ramadan. Kadar kemiskinan di negara ini menunjukkan angka peningkatan akibat ramai kalangan rakyat mengalami kehilangan […]

Acara Wed, 4 Mar 2026

Semarak Sambutan Aidilfitri Dimeriahkan Dengan Lakaran Syawal

Lakaran Syawal semarakkan kemeriahan Aidilfitri.

Acara Wed, 25 Feb 2026

Pendekatan ESG Warnai Pengalaman Berbuka Puasa Lebih Bertanggungjawab, Alyah & Baby Shima Pun Sokong!

Hotel Tenera & Suites mengambil pendekatan berbeza sempena Ramadan tahun ini apabila memperkenalkan amalan Environmental, Social and Governance (ESG) dalam penganjuran bufet berbuka puasa mereka. Inisiatif tersebut menumpukan aspek kelestarian dan tanggungjawab sosial, khususnya dalam […]

Acara Thu, 25 Jul 2019
Acara Wed, 25 Feb 2026

Kebebasan Tanpa Batasan Dengan ‘Live Unbridled’

Marshall Amplification menyambut Tahun Kuda dengan cara berbeza menerusi pengenalan Emberton III Lunar New Year Edition 2026, pembesar suara edisi terhad yang dihasilkan bersama artis dari China, FCCK. Kolaborasi ini lebih kepada usaha meraikan pertemuan […]

Acara Wed, 25 Feb 2026

Mencari Makna Raya Dalam Setiap Sudut Pengalaman Menerusi Evolusi Baharu Platform Perayaan

Tidak lagi terhad kepada pentas peragaan, AFP berkembang sebagai platform yang menghimpunkan fesyen, kelengkapan rumah, gaya hidup, kecantikan dan makanan dalam satu suasana yang lebih dekat dengan kehidupan seharian pengunjung.

Acara Fri, 1 Apr 2022

Celebrity Superstar Asia 2022 Cari Bakat Baharu!

Pertandingan Celebrity Superstar Asia 2022 bakal dianjurkan oleh Quinton Academy dan Lomo Pictures dengan kerjasama Broadway Academy. Program ini dijangka akan mengambil masa kira-kira empat bulan sebelum mencapai kemuncak dan uji bakat secara atas talian […]

Acara Sun, 22 Feb 2026

Terjah Brunei & Penang, Ben Ali & Nadiyah Shahab Terus Sukses Melangkah Untuk Tahun Kelima

Gandingan pasangan selebriti Ben Ali dan Nadiyah Shahab terus menyerlah!

Acara Thu, 1 Feb 2024

Jom Temui Finalis AJL38 ‘Meet & Greet Paling Ikonik’ Di Pasar Seni, 4 Februari Ini!

Jangan lupa temujanji dengan finalis kesayangan AJL38 korang Ahad ni!

error: Content is protected !!