Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir April 28, 2023 @ 10:27am

Mael XPDC Meninggal Dunia Di Usia 55 Tahun

Vokalis kumpulan XPDC, Mael telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 55 tahun di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor, kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Memetik laporan Berita Harian, berita pemergian Mael atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim tersebut disahkan oleh anak perempuan Allahyarham, Sharifah Irfatasha.

“Adalah dengan sedihnya dimaklumkan bapa saya, Syed Ismail Syed Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada hari Khamis, 27 April lebih kurang jam 9.30 malam di Hospital Muar,” katanya menerusi satu kiriman teks di aplikasi WhatsApp.

Namun, Irfatasha tidak menjelaskan tentang punca kematian bapanya itu.

Difahamkan, arwah mengalami semput dan dibawa ke hospital selepas maghrib.

Pengurus kepada kumpulan XPDC yang dikenali sebagai Bro Yazid turut berkongsi berita duka tersebut.

“Innalillahiwainnahirojiun. Al-Fatihah. Penyanyi XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar jam 9 malam tadi,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham serta mendoakan agar roh penyanyi tersebut tenang di alam baqa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 18 Oct 2023

Kumpulan Fourtwnty Impi Berkolaborasi Dengan Yuna

Wow! Kalau Fourtwnty koloborasi dengan Yuna confirm 🔥🔥🔥

Hiburan Sun, 30 Jul 2023

Malam Yang Indah Untuk Peminat… Muse Pukau Lebih 50,000 Penonton!

Konsert Muse Will Of The People World Tour 2023 sukses!

Trending Tue, 6 Mar 2018

Bersalin 2 Minggu Lagi Secara Caesarean, Datuk Seri Siti Nurhaliza Kini Berdebar

Pasti ramai peminat penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak sabar untuk melihat wajah bayi penyanyi kesayangan mereka.

Featured Sat, 21 Mar 2026

“Tahun Ni Hawra Balik Kelantan” – Kamal Adli Kongsi Perasaan Pertama Kali Beraya ‘Single’, Persiapan Raya Hanya Untuk Anak

Pelakon Kamal Adli mengakui sambutan Aidilfitri tahun ini bakal terasa sedikit berbeza apabila di berkemungkinan besar tidak dapat beraya  bersama anaknya, Hawra.

Featured Thu, 21 Jun 2018

Jangan Panas Nasi Berulang Kali Kalau Tak Nak Kesan Sampingan Pada Kesihatan

Nasi yang dipanaskan berulang kali mungkin boleh mendatangkan mudarat pada tubuh badan.

Featured Mon, 17 Dec 2018

Ini Cara Menabung Paling Kreatif, Bermula Dari RM1 & Hasil Sebulannya Dapat RM465!

Jika dilakukan secara berterusan selama 12 bulan, jumlah tabungan adalah RM5,580!

Hiburan Wed, 18 Jun 2025

“Abang Long Paling Sweet, Lain Hari Lain Bunga Katanya” – Amira Othman

Amira Othman puji Fattah Amin paling sweet setiap hari kirim bunga berbeza

Trending Sun, 10 Feb 2019

Jenazah Abdul Bari Asyraf Mohd Selamat Di Temui

Penantian Berakhir, Mayat Pemancing Cuba Selamatkan Penumpang Ditemukan Terapung

Hiburan Fri, 22 Aug 2025
error: Content is protected !!