Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 21, 2025 @ 6:06am

Marsha Milan Kembali Bergabung Dengan Velvet Aduk… Single ‘Lintah Darat’ Raikan Jiwa Borneo

“Saya tak sangka angan-angan untuk miliki album Borneo sejak bergelar penyanyi akhirnya tercapai.”

Terus menyinari industri muzik, Marsha Milan hadir dengan single terbaharu yang cukup berbeza, Lintah Darat, sebuah karya istimewa hasil kolaborasi bersama Velvet Aduk.

Lagu ini diperkaya dengan alunan instrumen dan ritma yang mencerminkan identiti masyarakat Sabah, menerusi genre modern folk yang segar dan autentik.

Marsha dan Velvet mula rapat selepas menyertai sebuah rancangan realiti dan sejak 2018, mereka telah berduet dalam beberapa buah lagu, bermula dengan projek Sumandak Sabah.

Mereka menggelarkan kolaborasi ini sebagai ‘passion project’ dan telah menghasilkan lima buah lagu duet bersama. Kini, mereka kembali dengan Lintah Darat, menandakan ‘comeback’ selepas beberapa tahun menyepi.

Mengulas tentang inspirasi di sebalik lagu ini, Velvet berkongsi, “Ilham lagu ini datang apabila Marsha menghampiri saya dengan idea untuk mencipta sebuah lagu Sabahan yang boleh dinikmati ramai. Saya menulisnya mengikut hala tuju yang Marsha bayangkan, dan kali ini, kami bersepakat untuk mencipta sesuatu yang lebih santai dan menyeronokkan.”

Berkongsi keterujaannya terhadap projek ini, Marsha berkata, “Sebelum ini, saya kekurangan sumber dan dana untuk merealisasikan impian menghasilkan album Borneo tetapi sebaik sahaja mendengar demo Lintah Darat, saya terus setuju. Lagu ini benar-benar mencerminkan arah muzik yang saya dan Velvet bawakan sebagai duo dalam ‘passion project’ kami.”

“Velvet ialah tempat saya mengadu setiap kali saya perlukan seseorang. Saya memang selesa bekerjasama dengannya, dan walaupun sudah lepas Sumandak Sabah, kami tetap berhubung serta saling bertukar pandangan tentang karier solo masing-masing,” tambah Marsha.

Lintah Darat menyampaikan mesej tentang individu yang gemar mengambil kesempatan terhadap orang yang ikhlas dan baik hati. Liriknya bersifat sindiran terhadap individu tamak dan manipulatif, diibaratkan seperti “lintah darat” yang menghisap darah orang lain. Namun, apabila tiada lagi yang boleh dieksploitasi, akhirnya ia merosakkan dirinya sendiri, seperti dalam baris, “Habis kau mengikis, badan kau sendiri.” Secara keseluruhan, lagu ini menjadi peringatan bahawa sifat hipokrit dan ketamakan akhirnya akan memakan diri.

Keunikan Lintah Darat terletak pada liriknya yang sedikit kontroversi serta struktur melodi yang berani, namun tetap santai, menyeronokkan, dan membangkitkan nostalgia dengan vibe poco-poco. Lagu ini bukan sahaja menghiburkan, malah sesuai dimainkan pada acara istimewa, membuatkan pendengar teruja dan terbawa-bawa untuk menari bersama.

Bercakap lebih lanjut tentang kerjasama dengan Marsha, Velvet berkata, “Marsha seorang artis yang sangat rajin dan bersemangat sejak dari awal, serta memiliki vokal yang luar biasa. Apabila lagu ini diberikan kepadanya, dia membawakannya dengan caranya sendiri daripada segi feel dan lenggok. Hasilnya ternyata sangat mengagumkan.”

Mereka berharap Lintah Darat mendapat tempat di dalam hati pendengar, bukan sekadar hanya di Sabah tetapi di seluruh Malaysia. Mereka juga berharap kerjasama ini berterusan, memandangkan ini ialah lagu rakyat pertama mereka sebagai duo selepas dua tahun.

Jangan lepaskan peluang! Playlist anda tidak lengkap tanpa Lintah Darat! Irama yang penuh dengan jiwa Sabah ini sedia untuk didengari berulang kali. Dengarkan sekarang di iTunes atau strim terus di Spotify dan YouTube Music!

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 15 Mar 2020

[TERKINI] “Kami Mahu Pulang Secepat Mungkin, Makin Ramai Yang Mati” – Luahan Rakyat Malaysia Yang Terkandas Di Itali

Semoga rakyat Malaysia yang kini berada di luar negara berada dalam keadaan baik

Hiburan Thu, 31 Jul 2025
Trending Thu, 5 Nov 2020
Hiburan Fri, 11 Jul 2025

“Kalau Leona Pakai Tudung Esok, Dia Terus Dapat Pahala” – Azhar Sulaiman

Azhar Sulaiman tak setuju konsep ‘tak apa, nanti dulu’.

Featured Mon, 23 Feb 2026

“Moga Usaha Ini Ringankan Beban Mereka”- Anzalna Nasir Nekad Turun Padang Hulur Bantuan, Tersentuh Nasib Golongan Kurang Mampu 

Anzalna Nasir yang tersentuh setiap kali mengingat nasib golongan yang kurang berkemampuan terutamanya ketika berbuka puasa.

Featured Sun, 7 Mar 2021

Kerajaan Bakal Umum Pakej Rangsangan Ekonomi Baru, Bantuan Buat Sektor…

Pakej rangsangan ekonomi baru akan diumumkan dalam masa terdekat untuk membantu individu dan syarikat yang masih terkesan dengan pandemik COVID-19. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bantuan baharu itu kali ini […]

Featured Wed, 14 Jul 2021

Bimbang Kes Semakin Tinggi, Netizen Beri Sokongan & Simpati Buat Dr Noor Hisham

Semalam, kes COVID-19 di Malaysia mencatatkan 11,079 kes manakala hari ini pula, ia mencatatkan 11,618 kes baru. Bilangan kes baru yang semakin membimbangkan ini terus mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai di media sosial. Semalam, Ketua […]

Featured Fri, 5 Aug 2022
Hiburan Thu, 7 May 2026

Datuk Red Minta Maaf Kepada Adira Suhaimi, Mahu Tamatkan Perbalahan Demi Kebajikan Anak-Anak – “Harap Kita Dapat Berunding”

Datuk Red secara terbuka tampil memohon maaf kepada bekas isterinya, Adira Suhaimi atas segala kekhilafannya.

error: Content is protected !!