Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 31, 2022 @ 4:06pm

Marshanda Derita Hidap Kanser Payudara, Akui Sudah Bersiap Sedia Jika Bertemu Ajal

Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Marshanda mendedahkan dia kini sedang menghidap kanser payudara.

Berita sedih tersebut dimaklumkan melalui sebuah video yang dimuat naik di akaun YouTube rasmi miliknya yang berjudul ‘I Have Breast Tumor’ pada Isnin.

Marshanda yang kini berada di Singapura bagi mendapatkan rawatan, mengalirkan air mata ketika bercerita mengenai kondusi kesihatan terbarunya itu.

Namun, pelakon drama Putri Yang Terbuang itu akui reda dengan ujian berat yang dilaluinya itu yang dianggap sebagai sebahagian dariapda aturan hidup tuhan untuk dirinya.

Malah, bekas isteri kepada pelakon, Ben Kasyafani itu turut mempersiapkan diri untuk meninggal dunia dalam keadaan baik yang dikatakan ajalnya boleh datang pada bila-bila masa.

“Saya datang ke Singapura dengan niat untuk melakukan MRI. Saya di sini untuk berjuang untuk kesihatan saya.

“Saya juga sudah bertanya dengan abang, iaitu bekas suami saya. Kalau mahu meninggal, disebut La Ilaha illallah, iya kan?

“Jadi, saya bersedia. Saya membawa telekung dan sejadah ke Singapura,” ujarnya bernada sebak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MARSHANDA (@marshanda99)

Menerusi video tersebut, tampak sayu wajah Marshanda yang dihantui perasaan bercampur baur apabila disahkan menghidap kanser yang banyak membunuh kaum wanita.

Mengulas lanjut, dia meminta agar semua mendoakan yang baik-baik untuk keadaannya, selain memohon orang ramai untuk meniupkan semangat dari jauh buat dirinya untuk menempuh ujian Allah.

“Kematian adalah sebahagian dari putaran kehidupan. Saya tak mahu anda semua khuatir.

“Tolong doakan sahaja, bagi anda yang percayakan tuhan tolong doakan saya.

“Bagi yang tidak percaya pula, sila berikan tenaga yang baik untuk saya.” katanya.

Dalam pada itu, Marshanda, 32, sempat menitipkan pesanan kepada anak perempuannya, Sienna Kasyafani untuk mendengarkan lagu hasil ciptaanya sendiri untuk puteri kesayangannya itu.

“Jika Sienna menonton ini, ingat kata ibu, kita banyak bercakap beberapa hari lepas. Ibu beri kamu lagu yang ibu ciptakan. Dengarlah lagu itu.

“Lihat, ibu gembira. Dan kalau ibu pergi, ibu juga gembira jika awak mendoakan,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Netizen Dakwa Aktor Terkenal Mabuk Di Kelab Malam, Klip Cium GF Orang Viral?

Alamak, siapa pelakon lelaki yang disebutkan tu? Kemain galak lagi đŸ€­ Tacoddd đŸ„”

Trending Wed, 18 Dec 2024

Kembali ke Sabah Selepas 5 Tahun, Mari Meriahkan Karnival Jom Heboh Pada 27 Hingga 29 Disember Ini!

Karnival Jom Heboh Sabah 2024 akan berlangsung pada 27 Disember hingga 29 Disember 2024 (Jumaat, Sabtu & Ahad) di Kompleks Sukan, Kota Kinabalu Sabah!

Hiburan Mon, 13 Oct 2025
Trending Thu, 11 Aug 2022

Kerja 45 Jam Seminggu Berkuat Kuasa 1 September, Usul Kerja 4 Hari Seminggu

Pindaan kerja 45 jam seminggu berkuat kuasa bermula pada 1 September.

Events Sat, 30 Jun 2018

Ayuh! Hangatkan Segalanya Bola Bersama Moh Skor

Demi menghimpunkan semangat bola rakyat Malaysia dan menghangatkan musim piala dunia, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad telah menganjurkan Karnival Moh Skor yang dijalankan pada 30 Jun 2018, Sabtu, bertempat di My Town Cheras, Kuala Lumpur

Selebriti Mon, 29 Apr 2024
Hiburan Sun, 28 Oct 2018

Sonaone is Finally Back with a New Single!

He was MIA from the music scene for 2 years but now he’s finally back.

Featured Mon, 27 Apr 2020

Bekalan darah semakin berkurangan, penderma darah dibenar menderma darah

Waktu operasi derma darah bermula jam 10 pagi dan 10 malam.

Hiburan Sun, 10 Mar 2019

‘ Dia Kata Setuju’- JLo Bertunang Kali Keenam

Tarikh perkahwinan Lopez dan Rodriguez masih belum diketahui lagi memandangkan Lopez terikat dengan konsert jelajah seluruh Amerika Syarikat bermula 7 Jun sehingga 26 Julai.

error: Content is protected !!