Euforia Bola 2026
Konsert By: Maya Basir July 26, 2023 @ 2:35pm

Membawa Penonton Ke Zaman Era-60, Impian Kugiran Masdo Di Pentas DFP Tercapai!

Konsert Perdana Kugiran Masdo yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada Sabtu lalu seperti membawa penonton ke zaman era 60-an dengan gabungan orkestra.

Pada malam tersebut, Masdo membawakan tiga belas buah lagu antaranya Bunga, Janji Manis, Inilah Jalannya, Dinda, Dewi Puspita dan Malam Pesta Rock & Roll.

Lagu baru kumpulan ini yang berjudul Pujaanku berduet bersama penyanyi Aisyah Aziz turut dimainkan buat pertama kali secara ‘live’ untuk penonton di DFP.

konsert kugiran masdo dfp

Di pertengahan persembahan, suasana menjadi sedikit suram apabila lagu Ratu Hati didendangkan dimana ia didedikasikan buat menghargai jasa ibu-ibu yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Menurut Ali Sariah selaku vokalis, impian mereka untuk membuat persembahan di pentas DFP akhirnya menjadi kenyataan dan bersyukur dengan peluang yang diberikan.

Meskipun mereka akui gementar, namun interaksi Masdo dengan para penonton sangat bertenaga dan menghiburkan.

“Masa awal-awal memang nervous, tapi lepas dah dapat energy daripada penonton terus bagi kami semangat untuk perform,” ujar Putu Ceri selaku bass.

Penonton yang menyaksikan persembahan mereka bukan hanya dari Kuala Lumpur tetapi dari negara Brunei, Singapura, Sarawak malah dari negara Denmark.

DFP juga telah melonggarkan peraturan mereka seperti boleh merakam persembahan mereka malah boleh turut berdiri dan menari bersama!

konsert kugiran masdo dfp

konsert kugiran masdo dfp

Tidak melepaskan peluang, ramai penonton yang berdiri dan menuju ke hadapan pentas untuk merasai persembahan Masdo dengan lebih dekat.

Selain pemain gitaris dan bass daripada kumpulan Masdo, iringan muzik orkestra yang sangat merdu pada malam itu membawakan pemain drums, keyboard, obeo, violin, cello serta alat muzik French horn.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 29 May 2025

Selepas 12 Tahun, Datuk Andre Goh Buat ‘Comeback’ Di Konsert Simfoni Budaya 2.0 Bersama MPO

Datuk Andre Goh, buat kemunculan istimewa dalam Konsert Simfoni Budaya 2.0

Featured Fri, 6 Jun 2025

Doh Kyung Soo Gegar Axiata Arena Untuk Konsert Siri Jelajah Asia ‘DO it! In Malaysia’ Pada 30 Ogos 2025

DO EXO Kembali menemui peminat di Malaysia dalam siri konsert jelajah Asia pertamanya.

Featured Mon, 15 May 2023
Featured Mon, 30 Jan 2023
Featured Tue, 11 Nov 2025
error: Content is protected !!