Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 1, 2024 @ 2:25pm

Mengaku Panas Baran & Elak Lakon Babak Bersentuhan, Noki Kini Belajar Dekatkan Diri Dengan Tuhan

Pertama kali membawakan watak antagonis, penyanyi dan pelakon Noki K-Clique mengaku pengalamannya sedikit sebanyak membantu dalam menjayakan watak menerusi filem terbaharunya berjudul, Reeza GTR.

Kata Noki ketika ditemui XTRA, karakter baran yang dilakonkan menerusi watak Andika dalam Reeza GTR sedikit sebanyak menyerlahkan sifatnya yang dahulu, bagaimanapun menjelaskan sifat panas barannya itu kini semakin berkurang.

“Ini pertama kali saya membawakan watak antagonis dan saya bersedia untuk dikecam, lagipun perwatakan ini memang ada pada saya, jadi senang sikit nak bawa.

“Boleh dikatakan saya dulu seorang yang baran tapi kini sudah semakin berkurang. Mungkin faktor usia memang begitulah,” ulasnya.

Dalam pada itu, Noki atau nama penuhnya, Ahmad Ikhwan Aji, 30, menjelaskan, dia kini sedang berusaha untuk tidak bersikap panas baran dengan mendekatkan diri dengan Tuhan.

“Kita dekatkan diri kita dengan agama. Itu je yang saya cakap… walaupun penampilan saya menunjukkan saya tak sesuai untuk bercakap. Tapi sebagai orang yang mabuk pun, kalau dia berbicara pasal agama Islam, kita patut dengar. So, yang mampu saya cakap adalah saya sedang berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT,” kongsinya.

Noki berkata demikian ketiak ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Filem Reeza GTR yang berlangsung di GSC Midvalley Megamall baru-baru ini.

Sebagai seorang yang baru dalam industri lakonan, anak muda asal  Sabah ini juga menegaskan, seiring peningkatan usia dan pengalaman yang digarap sepanjang bergelar anak seni, dia kini lebih memilih naskhah untuk setiap lakonannya sekaligus menolak babak bersentuhan.

Bahkan, dia juga tidak takut sekiranya penerbit memilih untuk memberi tawaran lakonan kepadannya kelak.

“Jika dapat tawaran lakonan pun saya tidak akan memilih babak romantik yang memerlukan babak bersentuhan.

“Bagi saya, sebab Islam sudah memberikan pengajaran begitu dan kita pula cari duit dari sumber yang begitu and then, kita was-was sumber kita tu halal atau haram. Jadi, apa yang mampu saya katakan adalah, itu sahaja.

“Dan saya percaya dan tidak takut soal rezeki, kerana semuanya itu (rezeki) adalah ketentuan Tuhan,” katanya.

Ketika ditanya adakah tindakannya menolak adegan bersentuhan dalam lakona itu disebabkan dia kini sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujang, Noki bagaimanapun menolak dakwaan tersebut.

Menurutnya, dia masih tidak mempunyai kekasih apatah lagi mahu mendirikan rumah tangga.

“Keputusan itu dibuat  sejak 8 bulan yang lalu dimana masa tu saya pergi mengerjakan umrah dan sebelum start shooting.

“Tak ada juga, sebab sekarang ni pun saya masih single. Tak tahulah kenapa, mungkin sebab terlalu memilih. Kita nak cari peneman hidup yang betul-betul sekarang ni susah… apatah lagi  kalau kita lihat masing-masing berlumba untuk menyebarkan aib,”ujarnya.

Sekadar info, selain Noki filem Reeza GTR ini turut dibintangi pelakon popular seperti, Alif Satar, Sopha Albarakbah, Neeliza Azman, Datuk Eizalan Yusof dan ramai  lagi.

Filem Reeza GTR adalah filem bergenre romantik komedi yang di terbitkan oleh Grand Brilliance Studio Sdn Bhd dengan kerjasama Primeworks Studios.

Filem ini akan mula menemui penonton di semua pawagam tanah air bermula 17 Oktober ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Jun 2023
Hiburan Sat, 1 Jun 2019

Motor Punya Pasal, Siti Sarah Kecewa Suami Dilabel Dayus!

Netizen pun, agak-agaklah kan bila tengah menulis?

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Kenapa Mia Ahmad Teruja Bergelar Ibu?

Tahniah kepada pelakon, Mia Ahmad dan suaminya, Mohd Izham Tarmizi kerana bakal bergelar ibu dan bapa!

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

Video Lucah Aiman Tino Viral, Syafiq Kyle Tampil Beri Nasihat

Sebelum melakukan perkara yang bercanggah dengan adat, agama fikirlah insan yang tersayang

Fab Foodies! Fri, 5 Oct 2018

Kopi Ini Sangat ‘Kaww’ Sehingga Boleh Buat Anda Berjaga Selama 18 Jam

Kopi ini dikatakan sangat ‘kaw’ sehingga menyebabkan anda boleh berjaga sehingga 18 jam.Apakah jenis kopi itu dan dimana anda boleh mendapatkannya?

Trending Mon, 24 May 2021

“Objektif Saya Adalah Untuk Beri Kesedaran Menyeluruh Mengenai Isu Palestin” – Neelofa

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, mendorong orang ramai memperjuangkan dan membantu pembangunan semula Palestin menerusi jenama fesyen miliknya, Naelofar. Melancarkan kempen ‘Naelofar For Humanity’ dengan sokongan pihak MyFundAction, platform […]

Hiburan Thu, 27 Jun 2019
error: Content is protected !!