Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 3, 2024 @ 6:00pm

Meraikan Meriahnya Budaya Sarapan Pagi di Malaysia, 5 Nasi Lemak Popular ‘Berkampung’ Di I Eat Nasi Lemak!

Sarapan pagi di Malaysia memang tak lengkap tanpa nasi lemak, roti canai, dan teh tarik! Untuk meraikan ikon makanan ini, I Eat Nasi Lemak, acara popular anjuran FriedChilies, akan berlangsung selama dua hari pada 5 dan 6 Oktober di Subang Parc, Subang Jaya, sempena program Road to UNESCO – Meraikan Warisan Kita.

Acara ini dianjurkan bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Jabatan Warisan Negara, dengan kerjasama Pertubuhan Kraft Malaysia. Menariknya, lima ‘hero’ nasi lemak, dua ‘lejen’ roti canai, dan teh tarik terbaik akan ditampilkan untuk memeriahkan hujung minggu penuh budaya ini.

Lima hero nasi lemak itu ialah Nasi Lemak Tanglin, Nasi Lemak Ujang Corner, Nasi Lemak Angah, Nasi Lemak Suri 223 dan Nasi Lemak Burung Hantu. Turut serta adalah hidangan popular roti canai dan teh tarik dari Pelita dan Hameediyah.

Ketua Pegawai Eksekutif FriedChilies, Mohd Adly Rizal, menjelaskan bahawa acara ini bukan sahaja akan menghidangkan pelbagai jenis nasi lemak seperti nasi pandan, sambal kerang, ayam goreng berhantu, dan paru goreng power, tetapi juga teh tarik dan roti canai yang pastinya menggamit selera pengunjung.

“Sambil menikmati sarapan pagi, pengunjung boleh turut serta dalam pelbagai aktiviti menarik dan persembahan yang disediakan. Acara ini juga bertujuan memartabatkan Budaya Sarapan Malaysia sebagai warisan dunia, termasuk nasi lemak, roti canai, dan teh tarik yang menjadi sebahagian budaya rakyat tempatan,” kata Adly.

Tambahnya lagi, FriedChilies terkenal dengan usaha mengumpulkan ‘hero-hero’ makanan di bawah satu bumbung, membolehkan semua orang berkumpul dan menikmati makanan bersama. “Tahun ini, kami memilih hero-hero nasi lemak bukan sahaja berdasarkan kehebatan lauk-pauk mereka, tetapi juga keupayaan mereka untuk terus menyediakan juadah yang tak putus selama dua hari. Ini adalah tentang menghargai budaya makan Malaysia yang unik, tanpa mengira bangsa atau agama,” jelas beliau.

Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara di Jabatan Warisan Negara, Dr. Eyo Leng, pula menyatakan bahawa program ini merupakan inisiatif penting dalam mempromosi Budaya Sarapan di Malaysia, seiring dengan pencalonan baju kebaya ke peringkat UNESCO pada 2023.

“Kedua-dua pencalonan ini bakal diinskripsi pada Disember semasa sesi ke-19 Intergovernmental Committee for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage di Asuncion, Paraguay,” jelas Dr. Eyo.

Acara I Eat Nasi Lemak akan dibuka dari 9 pagi hingga 10 malam, dengan pelbagai aktiviti budaya termasuk ceramah, demonstrasi makanan, dan Jom! Sarapan Kebaya yang akan berlangsung pada Ahad, 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Pengunjung yang berpakaian kebaya atau pakaian tradisional berpeluang menikmati nasi lemak percuma bagi 1,000 orang pertama.

Terdapat juga persembahan unik seperti roti canai terbang, demonstrasi teh tarik oleh Teh Tarik Masters, serta pertandingan Roti Canai Tebar yang diketuai oleh pakar dari Nasi Kandar Pelita dan Hameediyah.

Selain makanan, acara ini turut menampilkan persembahan budaya seperti Wayang Kulit, Mak Yong, dan joget lambak, menjadikan ia pesta komuniti yang penuh warna dan meriah.

Presiden Pengasas Malaysian Craft Council, Nik Faiz Nik Amin, menyatakan bahawa acara seperti ini penting dalam menyokong usaha pemeliharaan warisan budaya negara. “Dengan aktiviti seperti ini, kita dapat menunjukkan komitmen terhadap kelestarian warisan Malaysia dan menggalakkan generasi muda untuk menghargai nilai budaya kita,” katanya.

Selain itu, Jabatan Warisan Negara turut mengingatkan tentang usaha berterusan mereka untuk mempromosi dan melindungi warisan kebudayaan tidak ketara tempatan, seperti Mak Yong (2005), Dondang Sayang (2018), Silat (2019), Pantun (2020), dan Mek Mulung (2023) yang telah mendapat pengiktirafan UNESCO.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 16 Dec 2024

“Dia Berangan & Tindakan Itu Memualkan”- Diana Danielle

Diana berkat aini adalah masa yang sesuai untuk Farid melepaskannya.

Trending Sat, 22 Dec 2018

45 Mayat Mangsa Korban Bencana Tsunami Acheh Ditemui

Selepas 14 Tahun, 45 Mayat Mangsa Korban Bencana Tsunami Acheh Ditemui

Featured Sun, 12 Feb 2023

Ali Puteh Akan Bayar Hutang RM60,000 Secara Ansurans, Tampil Dedah Sebab Tak Beri Kunci Rumah Pada Balu Abam…

Ali Puteh tampil beri penjelasan isu rumah arwah Abam Bocey terbiar 🤔

Featured Tue, 16 Jun 2026

“Wanita Tak Payah Nak Benak Otak Sangat! Jatuh Cinta Dengan Suami Orang” – Azza Elite 

Kata Azza, Tegasnya, tindakan tersebut adalah tidak wajar kerana ramai lelaki bujang yang boleh dijadikan pasangan hidup.

Trending Tue, 16 Jan 2024
Featured Sun, 12 Sep 2021
Hiburan Fri, 14 Feb 2025

Bakal Jemput Bintang Popular Tempatan & Indonesia Sebagai Penyanyi Undangan, ‘Here I Am’ Akan Jadi Konsert Terbesar Rossa Di Malaysia

Konsert Rossa Here I Am dijangka menarik hampir 12,000 penonton, menjadikannya persembahan terbesar Rossa di negara ini.

Featured Fri, 19 Aug 2022

Susulan Tuntutan Kes Saman Puteri Sarah, Ira Kaza Kini Dipanggil JAWI

Dah start kena panggil ni… mesti lepasni makin hangat story ni!

Trending Sun, 25 Aug 2019

Duit USD101,500 Disamun Sewaktu Pertukaran Wang

Bukan setakat cedera kerana bertumbuk, duit pula disamun sewaktu kejadian

error: Content is protected !!