Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 29, 2026 @ 2:17pm

Mimi Lana Tampil Pertahan Filem Polong, Anggap Kritikan ‘Sampah’ Terlalu Keterlaluan – “Ramai Menjerit & Ketawa”

Pelakon, Mimi Lana tampil memberi respons terhadap ciapan seorang individu yang mengkritik filem lakonannya, Polong sehingga melabelkan naskhah berkenaan sebagai ‘sampah’.

Menerusi hantaran di Threads, Mimi atau nama lengkapnya, Mimi Roziana Zainal Abidin, 31, berkata dia menghormati setiap pandangan penonton kerana tidak semua karya mampu memenuhi cita rasa setiap individu.

Bagaimanapun, kata Mimi, gelaran yang diberikan itu disifatkan sebagai agak keterlaluan memandangkan ramai penonton lain menikmati pengalaman menonton filem berkenaan.

“Tidak semua filem akan memberi kesan yang sama kepada setiap orang dan itulah keindahan seni.

“Tetapi melabelkan sesebuah filem sebagai ‘sampah’ dirasakan agak keterlaluan apabila ramai yang menjerit, ketawa dan menikmati pengalaman menonton bersama kami,” katanya.

Dalam pada itu, isteri kepada aktor, Syafiq Kyle itu berpendapat kritikan yang lebih membina mampu membuka ruang perbincangan lebih sihat mengenai kelemahan sesebuah karya.

Menurutnya, setiap filem dihasilkan dengan penuh dedikasi dan usaha daripada ramai pihak yang bekerja keras di belakang tabir.

“Mungkin lebih menarik jika kita bincangkan apa yang tidak menjadi pada pandangan anda kerana setiap filem dihasilkan dengan penuh jiwa, semangat dan hasil kerja keras ramai individu di belakangnya.

“Apa pun, terima kasih kerana meluangkan masa menonton filem kami. Kami amat menghargainya,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: Filem Polong Jadi Detik Bermakna Buat Mimi Lana, Teruja Dapat Bergandingan Dengan Nadiya Nisaa – “Saya Adore Sangat Dengan Dia”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 23 Oct 2018

ALAMAK! Persalinan Percutian Neelofa Serupa Dengan Kain Tudung Pula?

Dah la photoshoot kat Maldives…sorry eh…kita kan kawan baik selamanya!

Hiburan Thu, 29 Feb 2024
Hiburan Mon, 15 Apr 2019

Mamak Puteh’s Turn to Finally Bring Home the RM10,000 Prize

Luck was on Mamak’s side last night!

Trending Wed, 22 Aug 2018

当新郎看见新娘披上白纱的瞬间!摄影师拍下感人的一刻

当男人对心爱的女人许下终生,看到她穿上白纱的那刻,会是惊喜?感动?还是开心的说不出话来?

Featured Thu, 15 Apr 2021

Syabas! Ejen Ali The Movie Terpilih Mewakili Malaysia Ke Brazil

Filem animasi tempatan, Ejen Ali The Movie berjaya mencipta sejarah skali lagi apabila terpilih mewakili Malaysia dalam Pertandingan Filem Animasi di Festival Fantaspoa 2021, di Brazil. Pengarahnya, Usamah Zaid Yasin berkata, pencalonan itu semestinya cukup […]

Hiburan Sat, 21 Dec 2024

Dah Sampai Malaysia Tapi Konsert Batal Di Saat Akhir, Feby Putri & Nadin Amizah Luah Rasa Kesal

Konsert One Love Music Festival dibatalkan, Feby, Nadin kesal

Hiburan Sat, 6 Dec 2025

“Soalan Mengenai Kehamilan Agak Sensitif, Saya Sendiri Takut Nak Tanya Orang Lain” – Amira Othman

Amira Othman memahami soalan itu sudah menjadi kebiasaan, lagi-lagi statusnya sebagai seorang selebriti. Tapi, dia sendiri berhati-hati untuk bertanya soalan sedemikian kepada orang lain.

error: Content is protected !!